berita

Kedai Dobi Tanpa Tunai, Ini Fakta Menarik Tentang Cleanpro Express Yang Tak Ramai Tahu.

January 23rd, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Alamak! Banyak baju tak basuh lagi ni. Mesin basuh kat rumah rosak pulak. Dah tengah-tengah malam, memang kena pergi kedai dobi 24 jam la. Tapi, kedai dobi layan diri yang mana paling okay eh?

Ha.. Kami nak rekomen satu kedai dobi yang lain daripada yang lain. Bukan setakat servis tip top, malah kemudahan yang disediakan pun sangat superb. Jom terjah!

Cleanpro Express, kedai dobi layan diri dengan sistem tanpa tunai!

Nak kedai dobi yang selesa dengan servis terbaik? Kami rekomen Cleanpro Express untuk korang! Servis kat sini menjimatkan masa dan lebih murah. Bukan saja menggunakan sistem tukaran syiling, malah ia juga merupakan satu-satunya kedai dobi layan diri dengan sistem tanpa tunai. Wow!

Bila kami dapat tahu Cleanpro Express ni kedai dobi tanpa tunai, memang kagum beb. Kalau tak ada wang tunai dalam dompet pun tak apa sebab boleh bayar pakai kad. Memang ngam sebab kita lagi prefer cashless sekarang.

Beroperasi 24 jam setiap hari.

Busy seharian dengan kerja sampai tak sempat nak basuh baju? No problem! Korang boleh mendobi kat Cleanpro Express. Kedai dobi ni beroperasi 24 jam setiap hari. Senang cerita, korang boleh datang basuh baju kat sini bila-bila masa je!

Jenama mesin basuh yang bertaraf dunia!

Terkejut tengok jenama mesin basuh kat Cleanpro Express. Kedai dobi ni menggunakan mesin basuh Dexter, jenama mesin basuh bertaraf dunia. Kualitinya dijamin dengan proses mendobi lebih cepat dan cekap. Mesra pengguna wei.

Bahan pencuci yang halal & dijamin selamat tau!

Tak payah bawa bahan pencuci sebab memang dah ada dalam mesin tu. Tapi, korang mesti ragu-ragu pencuci ni selamat atau tak kan? Jangan risau! Bahan-bahan kimia di Cleanpro Express bukan saja dijamin selamat tapi juga mendapat pengiktirafan sijil HALAL tau.

Mampu membasuh pakaian sehingga 25kg!

Tengok orang bawak sampai tiga bakul pakaian. Muat ke nak sumbat semua? Jangan korang tak tahu, Cleanpro Express mempunyai mesin basuh yang mampu membasuh pakaian seberat 9KG, 14KG, malah sehingga 25KG! Power tak?

Kebersihan lebih terjaga dengan konsep ‘Go Green’

Kat mana nak jumpa kedai dobi layan diri yang menyumbang kepada alam sekitar? Semestinya Cleanpro Express. Bukan setakat jimat masa dan wang, malah kedai dobi ni sangat berjimat dalam penggunaan air. Secara tak langsung, korang boleh amalkan ‘Go Green‘.

Lebih 300 cawangan di Malaysia.

Cleanpro Express dah pun memiliki lebih daripada 300 cawangan di seluruh Malaysia. Banyak gila! Nanti pergi la mana-mana cawangan yang berhampiran dengan rumah korang ya.

Dah dengar semua ni, macam seronok pulak nak pergi mendobi. Lepas ni, boleh la korang ajak keluarga dan kawan-kawan basuh baju kat sini pulak eh.

Cuba korang tengok video menarik oleh Cleanpro Express ni sekejap. Cerita tentang kepayahan seorang ibu dalam memastikan kebersihan baju anaknya. Kreatif gila beb.

Orang dulu-dulu kalau basuh baju, sental pakai tangan. Sekarang dah senang, boleh tolong ibu basuh baju dengan hantar kat dobi je. Ibu pun senang hati!

https://www.facebook.com/cleanproexpress/videos/vb.391158797678542/200405127801422/?type=2&theater

Kalau korang nak tahu info lanjut dan update terkini Cleanpro Express, boleh klik mana-mana link kat bawah ni.

Laman webCleanpro Express

Facebook: Facebook Page Cleanpro Express

Selamat mendobi!

SKIP THIS AD ×