Demi wang, ada yang sanggup membelakangkan segalanya termasuk pegangan agama dan akidah, asalkan segala kemahuan tercapai. Ini termasuklah membuat perkara syirik demi kelangsungan perniagaan seperti pelaris kedai. Seorang lelaki berkongsi kisahnya yang terjumpa wafaq atau pelaris ini di kedai yang baru diambil alih keluarganya.
Sila keluar kalau jumpa kedai ada ayat begini
Satu akaun dakwah di Twitter memuatnaik beberapa contoh pelaris kedai yang digunakan peniaga untuk menyeru iblis supaya perniagaan mereka laris. Antara lain, pelaris berkenaan kelihatan seperti tulisan Arab atau ayat Quran, namun kesahihan tidak dapat dipastikan.
Jumpa wafaq dalam kedai
Seorang individu menceritakan bagaimana dia terjumpa pelaris atau dikenali wafaq ini di kedai runcit ayahnya. Objek itu ditemukan ayahnya ketika membersihkan kedai mereka.
Kedai panas, lampu malap
Rendam dalam air bacaan Quran
Ramai orang datang lepas buang
Semua berjalan lancar
Sumber: Mohd Izwan