berita

Kedai Mamak Tak Perlu Ada Sijil Halal – PRESMA

September 21st, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bagi kebanyakan masyarakat Melayu Islam di negara ini, mungkin ramai yang menyangka bahawa semua kedai mamak mempunyai sijil halal yang telah disahkan Jakim dan tidak perlu diragui. Bagaimanapun terbaru, media melaporkan di Pahang sahaja hanya dua buah restoran mamak yang disahkan mempunyai sijil halal.

Susulan itu menerusi laporan Astro Awani, sebuah persatuan yang mengusahakan restoran Muslim Malaysia menegaskan bahawa kedai mamak di negara ini sebenarnya tidak perlu beroperasi dengan sijil halal.

Pemilik kedai mamak diyakini orang Islam

sekadar gambar hiasan

Menjelaskan perkara itu, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) berkata pemilik kedai mamak diyakini adalah orang Islam dan pastinya penyediaan makanan di premis makanan mereka akan mengikut syarak.

Presidennya Ayoob Khan malah memberitahu PRESMA bersama Jabatan Agama Islam sudah mengadakan perbincangan berulang kali malah sudah diputuskan bahawa tiada keperluan untuk permohonan sijil halal oleh pemilik kedai mamak.

Orang Islam tidak perlu membuat pemohonan sijil halal. Orang Mamak tidak mungkin perlu beroperasi dengan sijil halal.

Di Pahang mungkin lain

Katanya, mungkin ada sedikit kelainan di Pahang berhubung perkara itu namun katanya sejak sekian lama kebanyakan pengusaha kedai mamak berniaga tanpa memohon sijil halal.

Kami sudah banyak kali berbincang dengan Jabatan Agama Islam tetapi mungkin jabatan di Pahang mempunyai sedikit kelainan.

Tetapi pengusaha kedai mamak sudah lama berniaga di Pahang dan tiada keperluan untuk memohon sijil halal.

Sijil halal penting untuk elak keraguan

sekadar gambar hiasan

Beberapa hari lalu, media melaporkan hanya dua kedai mamak yang beroperasi di negeri Pahang mempunyai sijil halal Malaysia iaitu Restoren Taj Makmur Jalan Tun Ismail dan Nasi Vanggey Jalan Teluk Sisek.

Menerusi laporan Utusan, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz berkata pemilikan sijil halal penting untuk memastikan kualiti penyediaan makanan termasuk kandungan yang dipakai adalah bersih, selamat serta mengikut syarak.

Malah, beliau turut menyarankan agar semua restoran makanan termasuk restoran Melayu yang beroperasi di negeri itu mendapatkan sijil halal bagi mengelakkan keraguan terhadap pengunjung.

Lebih-lebih lagi isu semasa sekarang ini yang heboh memperkatakan mengenai status halal sesuatu produk yang dimiliki oleh orang Islam dan bukan Islam.

Sumber: Astro Awani, Utusan

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×