berita

“Kedegilan Yang Padan Muka Kau” – Iqram Dinzly

August 10th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon dan pengacara Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin atau lebih mesra dipanggil Iqram Dinzly merupakan artis lelaki yang bersifat metroseksual dan amat menjaga penampilannya. Namun begitu, ketika ditemui di bazaar “Terbaik Raya TV3” semalam, beliau menyatakan bahawa pada tahun ini beliau membuat persiapan raya hanya dengan cara sederhana sahaja.

Ketika sesi temu bual antara Iqram Dinzly dan pihak OHBULAN! di perkarangan Seri Pentas semalam, beliau menyatakan bahawa di bulan Ramadhan yang mulia kali ini beliau ingin lebih fikirkan tentang kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan.

Selain itu, apabila disoal berkaitan persiapan menyambut Syawal, Iqram menyatakan bahawa di bulan Syawal nanti beliau ingin menjalankan ibadat sunat iaitu berpuasa 6 di bulan Syawal. Ini kerana, kali terakhir beliau melakukan ibadat tersebut adalah pada dua tahun yang lepas.

Pada masa yang sama, Iqram turut melahirkan rasa menyesal dan bersalahnya terhadap kejahilan yang pernah dilakukannya sebelum ini. Oleh itu, kali ini beliau ingin tebus kesemuanya dengan malakukan ibadat-ibadat sunat.

Iqram turut melahirkan rasa kesedarannya terhadap kehidupan dunia yang bersifat sementara dengan berkata, “Cukuplah dengan duniawi. Apabila kita sudah meningkat dewasa, seharusnya kita faham apa itu Ramadhan dan apa itu fitrah serta fiqah” ujar Iqram sambil tersenyum manis.

Sebelum mengakhiri sesi temu bual petang semalam, Iqram sempat mengaku bahawa sebelum ini beliau banyak berdegil dalam pelbagai perkara. Oleh itu beliau mengungkapkan satu ayat untuk dirinya sendiri yang berbunyi “kedegilan yang padan muka kau” ujarnya sambil tergelak.

SKIP THIS AD ×