berita

Keek: Juliana Evans Dikritik Kerana Bazir Makanan

September 4th, 2013 | by Ai
Video Popular

juliana

Lama sungguh rasanya tak dengar cerita mengenai pelakon cantik, Juliana Evans sejak dia melanjutkan pelajaran dalam bidang Komunikasi Massa di Amerika Syarikat.

Pelakon yang pernah digosipkan bercinta dengan Zizan Razak ini bagaimanapun menjadi perhatian sebahagian masyarakat buat seketika apabila dia memuat naik sebuah video di laman Keek.

Menerusi video berdurasi 36 saat itu, Juliana dilihat sedang bergurau dengan kawan-kawannya sambil bermain-main dengan makanan.

Mungkin Juliana tidak sedar bahawa pembaziran makanan adalah satu isu sensitif kerana tak semua orang berpeluang untuk menikmati makanan yang enak.

Screen Shot 2013-09-04 at 14.36.42

Screen Shot 2013-09-04 at 14.07.21

Screen Shot 2013-09-04 at 14.08.05

Malah, kebanyakan pengikut Juliana di Keek juga turut menghentam pelakon tersebut dan menganggap perbuatan itu sebagai tidak bermoral.

Harapnya selepas ini Juliana lebih peka dengan sensitiviti setiap pihak supaya tidak timbul lagi isu sebegini. Apapun, di bawah ini OHBULAN! sertakan video berjudul SPLAT tersebut untuk tontonan anda.