berita

Keek : Pengarah Terkenal Hentam Wartawan Hiburan

May 27th, 2013 | by Ai
Video Popular

Michael Ang

Semalam seorang pengarah terkenal, Michael Ang telah memuat naik 4 buah video yang menunjukkan dirinya tidak berpuas hati dengan artikel yang ditulis oleh wartawan hiburan, Zubir yang mendakwa dia tidak mempunyai sivik kerana menghadiri majlis perkahwinan anak pelakon dan penerbit terkenal, Rosyam Nor dalam keadaan berpakaian yang tidak sopan.

Menerusi video keek tersebut, Michael Ang telah menjawab segala persoalan mengapa dia berpakaian sebegitu dan meminta Zubir agar tidak membuat andaiannya sendiri.

Suka-suka je kau kata aku tak ada sivik. Hei, tak faham la aku, macam ini ke wartawan Malaysia bekerja?

Zubir, kau dengar cerita ini ya. Aku dibesarkan olah mak bapa aku untuk menepati janji. Tak sesekali aku akan memungkiri janji.

Aku dah janji dengan Rosyam Nor yang aku akan pergi, jadi yang salah adalah PA (pembantu peribadi) aku. Dia cakap dengan aku majlis hari Ahad. Tapi tup-tup aku tengah shooting dekat rumah adik Aqasha, orang hantar mesej tanya aku datang ke tak?

Bila dapat mesej, aku terus tanya PA aku, dan dia cakap memang salah. Majlis rupanya hari Sabtu. Jadi, aku terus lari masuk kereta dan tanya ada baju tak? Mana sempat lagi nak beli sebab dah pukul 8.30. Nasib baiklah dalam kereta tu ada seluar panjang dan kemeja. Kalau tak, dengan T-shirt je aku pergi.

Salah satu video Keek Michael Ang

Dalam video yang berlainan,Michael Ang turut akui dia sendiri merasa malu untuk muncul didepan khalayak dengan berpakaian sebegitu, akan tetapi pengarah tersebut akui  dia lebih rela menanggung malu daripada memungkiri janji yang telah dibuat.

Itulah ceritanya, kenapa aku pergi dengan pakaian macam itu. Bukan sengaja.

Kau ingat aku tak reti baca benda tu suruh pakai pakaian tradisional?

Aku pergi tu aku sebenarnya malu, tapi tak pelah aku lebih rela tanggung malu daripada memungkiri janji.

Untuk ketahui cerita yang sebenar, jom layan lagi 3 video Keek Michael Ang selepas ini.

Sumber : Keek Michael Ang