berita

Keek: Shila Amzah Petah Berbahasa Mandarin

August 5th, 2013 | by Ai
Video Popular

Shila-Amzah

Pastinya ramai yang dah mengetahui bahawa penyanyi kebanggaan Malaysia, Shila Amzah mempunyai kebolehan untuk berbahasa Mandarin.

Namun, mungkin juga masih ada yang belum pernah melihat sendiri kebolehannya itu. Baru-baru ini, Shila telah memuat naik sebuah video di laman Keek menunjukkan dirinya sedang ditemubual oleh Chinese Idol.

Di dalam video itu, Shila dilihat cukup fasih berbahasa Mandarin dan mampu menangkap butir soalan yang diajukan oleh dua orang pengacara program itu dengan cekap.

Screen Shot 2013-08-04 at 21.45.39

Shila Amzah ketika ditemubual

Shila yang mula mempelajari Bahasa Mandarin ketika di sekolah rendah kini telah berhijrah ke negara Cina untuk mengembangkan kerjaya seninya selepas memenangi pertandingan Asian Wave pada tahun 2012.

Untuk pengetahuan anda, Chinese Idol adalah sebuah program realiti TV berkonsepkan pertandingan nyanyian yang diinspirasikan daripada program Pop Idol dan American Idol.

Jadi apa kata anda tonton video di bawah untuk melihat kepakaran Shila bertutur dalam Bahasa Mandarin. OHBULAN! pasti kesemua peminat Shila akan berbangga dengan penyanyi kesayangan mereka ini.

SKIP THIS AD ×