berita

Keek: Suami Ayu Raudhah Kongsi Video Comel Anak

October 14th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-10-13 at 21.39.04

Kalau anda pengikut Zaquan Adha di laman Keek miliknya, pasti anda dapat melihat video-video anak Zaquan dan Ayu Raudhah yang semakin comel.

Semalam, Zaquan sekali lagi berkongsi sebuah video menunjukkan dirinya sedang bermain dengan anaknya yang kini berusia lebih kurang tujuh bulan.

Screen Shot 2013-10-13 at 22.56.44

Melalui video tersebut, Zaquan dilihat langsung tidak kekok melayan Aisy sewaktu Ayu Raudhah tiada di rumah kerana bekerja. Walaupun usia Zaquan masih muda, namun ciri-ciri kebapaan memang terserlah di dalam dirinya.

Jika ada yang perasan, wajah Aisy saling tak tumpah seperti ibunya, namun sedikit sebanyak pasangan itu dilihat cuba mendandan anak mereka supaya mengikut gaya si bapa yang sememangnya kacak.

Screen Shot 2013-10-13 at 21.33.08

Bagaimanapun, untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan beberapa buah video dan foto-foto comel Aisy yang semakin membesar di bawah. Semoga terhibur!

Kredit: Keek Zaquan Adha & Instagram Ayu Raudhah

SKIP THIS AD ×