berita

Keek : Video Gwiyomi Versi Wawa Zainal Lagi Comel?

April 22nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-04-22 at 12.19.02 AM

Dulu demam ‘Gangnam Style’, lepas itu ‘Harlem Shake’, tiba-tiba sekarang demam ‘Gwiyomi’ pula. Habis semua orang mahu merakamkan aksi mereka ber’gwiyomi’ di internet. Ada yang memasukkan ke laman Youtube, tak kurang juga pada mereka yang memuatnaik ke akaun Keek masing-masing.

Dan biasalah, pastinya selebriti juga akan turut terikut dengan fenomena-fenomena ini. Terbaru, Wawa Zainal telah memuatnaik video Gwiyomi ke akaun Keek-nya.

Screen Shot 2013-04-22 at 12.26.11 AM

Aksi Wawa dalam video ini kelihatan sedikit kekok namun dia tetap kelihatan comel dengan lesung pipit dan wajah yang putih gebu. Tengoklah sendiri matanya itu, kami sendiri terpegun sebentar dengan kecomelan pelakon ini.

Mari tengok video Gwiyomi Wawa Zainal selepas ini!

Ouh ya, bukan setakat Wawa Zainal, selebriti lain seperti Elfira Loy juga turut memuat-naik video Gwiyominya. Anda dah tengok ke belum?

Apa kata anda? Versi Korea atau orang Malaysia yang lebih comel?

Dan pada mereka yang masih tak tahu bagaimana nak ber’gwiyomi’, disini ada tutorial untuk anda. Apa lagi, praktis cepat!

gwiyomo-guide

SKIP THIS AD ×