![]()
Nampaknya produk dari Korea sememangnya cepat mempengaruhi minda rakyat Malaysia. Didalam demam Gwiyomi yang hampir reda, tiba-tiba muncul pula muzik video terbaru Psy, Gentleman yang menampilkan gaya tarian barunya.
Apa lagi, ramailah orang yang merakam video parodi masing-masing dengan gaya dan bakat tersendiri. Tak terlepas dari demam yang sama, pelawak popular iaitu Zizan telah merakamkan dan memuatnaik video parodi “GENTELman” di akaun Keek-nya.
Video berdurasi 36 saat itu memaparkan dia bersama dua orang lagi rakannya melakukan aksi tarian “Gentleman” namun dengan versi yang berlainan. Video ini juga telah diedit dan ya, bersungguh-sungguh betul Zizan ini bila buat kerja ‘gila’.
![]()
Zizan dan dua orang lagi rakannya rakam aksi Gentleman di eskalator
![]()
Sempat lagi naik atas 4WD untuk rakam aksi parodi
Apa lagi, mari tonton video parodi Gentleman oleh Zizan selepas ini!








