![]()
Kehangatan malam gilang-gemilang Anugerah Skrin (ASK) kembali lagi untuk edisi 2019 pada Jumaat ini. Anugerah ini mengangkat hasil kerja seni karyawan-karyawan tempatan sama ada di depan kamera mahupun belakang tabir. Apa yang istimewanya ASK tahun ini? Jom check it out!
Masih tiada pengacara
https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA/videos/402345673793712/
![]()
Tidak seperti majlis anugerah lain, ASK yang bakal berlangsung pada Jumaat, 1 November ini tetap mengekalkan konsep tanpa pengacara seperti tahun lepas. Sebaliknya, beberapa pasangan selebriti ditampilkan untuk menyerikan acara tahunan itu.
Antara selebriti yang akan memeriahkan majlis berkenaan adalah ‘Kak Lina Pompom’ atau Elly Mazlein bersama Shuk Sahar. Turut tidak ketinggalan adalah Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin serta Eira Syazira dan Azad Jasmin.
Persembahan duo, tarian & silap mata pun perform!
![]()
![]()
Sebagai persembahan selingan antara penyampaian anugerah, ramai selebriti akan beraksi di pentas ASK untuk hiburan penonton. Antaranya adalah Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Ernie Zakri, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah serta Ayda Jebat dan Santesh.
Selain nyanyian, penonton juga bakal terpaku dengan pertunjukan silat mata oleh The MADgicians, tarian lincah bertenaga oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae serta sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey dan Zizi Kirana & penampilan Andi Bernadee.
Secara ringkasnya, ASK2019 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, tujuh kategori filem, sembilan kategori bukan drama dan teknikal. Tambah menarik, kategori baru pada tahun lalu kembali dipertandingkan tahun ini, antaranya, Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.
Saksikan secara langsung pada Jumaat ini, 1 November bermula 9 malam di TV3 atau live streaming di tonton.





![[VIDEO] Ramai Minta QR, Budak 46 Enggan Terima Sumbangan Wang – ‘Selagi Masih Boleh Buat Affiliate, Saya Akan Lakukan’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/befunky_2026-7-2_10-30-56.jpg)


