berita

Kehangatan Malam Kemuncak AJL34 Kian Terasa, Tiket Kini Dijual Dengan Harga Serendah RM30

January 10th, 2020 | by Shahira
Shout Out!

Siapa dekat sini peminat setia Anugerah Juara Lagu (AJL)? Mesti korang tak sabar nak tunggu malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-34 kan? AJL34 akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Februari ini jam 9 malam yang mengetengahkan tema ‘Warna-Warna Suara’.

Sherry, Awal dan Haziq

Apa yang menariknya pada kali ini, AJL akan memperkenalkan 2 hos baru yang akan bergandingan dengan Sherry Al-Hadad iaitu Awal Ashaari dan Haziq Husni. Gabungan serta teletah mereka bertiga sememangnya akan menghangatkan lagi malam kemuncak AJL34.

Buat para peminat yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, mereka boleh menonton AJL34 melalui strim langsung HD di laman tonton. Gunakan tanda pagar #AJL34 di laman media sosial untuk hangatkan perbualan di alam maya. Pada malam itu nanti, AJL34 akan memulakan kehangatannya dengan Karpet Merah secara strim langsung definisi tinggi (HD) di laman tonton pada pukul 8 malam, atau pada pukul 8.30 malam di TV9.

AJL 34 juga disokong oleh radio rasmi, Hot FM dan para rakan digital, Xtra, Senang Terhibur, dan Oh Bulan!

Showcase dan jualan tiket

Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang untuk bertemu 12 finalis AJL di Showcase Anugerah Juara Lagu 34 yang akan berlangsung hari Sabtu, 18 Januari 2020 di Panggung Anniversari, Taman Botani, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khas buat korang antaranya ialah persembahan finalis AJL, maskot Ejen Ali dan jualan tiket AJL. Apa yang menariknya pada kali ini, setiap pembelian tiket korang berpeluang dapat hadiah misteri. Tapi tawaran hebat ini hanya sah untuk pembelian tiket di Showcase sahaja tau!

Kalau korang tak sempat nak datang Showcase beli tiket, korang boleh melakukan pembelian dengan melayari laman web https://myticket.asia/. Harga setiap tiket adalah berbeza-beza mengikut aras iaitu RM30 untuk tempat duduk di Aras 4, RM40 untuk Aras 3 dan RM60 untuk Arena. Jadi tunggu apa lagi? Cepat pergi beli sebelum sold out.

SKIP THIS AD ×