berita

Kehidupan Fauziah Sarman Huru Hara, Nak ‘Let Go’ ND Lala

August 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

ND Lala

Bekas isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman mendedahkan dia sudah pun berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya.

Artikel Berkaitan: 34 Tahun Kahwin, ND Lala & Fauziah Bercerai

Artikel Berkaitan: ND Lala Bergegas Tinggalkan Majlis Shila & Ubai, Elak Ditemu Bual Wartawan

Penat berjuang

ND Lala

Memetik Harian Metro, Fauziah bagaimanapun berkata, dirinya penat mempertahankan rumah tangga yang dibina selama 34 tahun itu seorang diri.

Malah, kata Fauziah, berpisah bukan tanda dirinya sudah mengalah untuk berjuang.

Saya dah cuba dan ikhtiar, saya dah berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri.

Sekarang sampai masanya untuk lepaskan dia. Bukan tanda mengalah tapi saya dah tak kuasa. Siapa nak ambil dia, ambillah.

Saya dah digantung tak bertali. Ia berlaku sejak 2022 dan ketika dia balik tiga bulan hari itu pun, kehidupan saya huru hara.

Terdahulu, Fauziah menerusi hantaran di Instagram mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.

Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah memberitahu, lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.

Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila atau Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×