berita

Kehidupan Peribadi Saya Adalah Hak Saya! – Nabila Huda

November 9th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon yang sering menimbulkan kontroversi sama ada dari segi penampilan diri ataupun kehidupan sosial, Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil mengaku isu kontroversi atau gosip merupakan lumrah dalam kehidupan seorang artis.

Meskipun begitu, pelakon ini mengambil segala isu tersebut secara positif dan tidak menjadikannya sebagai penghalang untuk dia terus berjaya dalam bidang lakonan.

“Manusia tidak sempurna dan dalam setiap kehidupan mesti ada keseimbangan. Maksud saya, pasti ada perkara yang kita tidak boleh elakkan daripada berlaku.

“Saya mengambil perkara-perkara negatif yang berlaku sebelum ini sebagai satu pengajaran dan pengalaman. Kita tidak boleh meneroka sesetengah perkara tetapi kehidupan peribadi saya adalah hak saya!

“Saya menjalankan kerja sepenuh hati dan peribadi saya tidak campuradukkan dengan karier. Orang mahu menilai bakat atau personal terpulang kepada diri masing-masing,” tegasnya Abil menerusi laporan Kosmo Online.

Pelakon ini turut memberi respon berkaitan isu yang mendakwa dia menghadiri parti Halloween pada hujung bulan lalu dan menafikan segala gosip tersebut.

“Setiap orang ada buat salah, itu antara saya dan Tuhan. Apabila orang suka membuat cerita, maka timbul kisah-kisah sebegini.

“Majlis hari jadi itu diadakan pada 28 Oktober dan sambutan Halloween adalah pada 31 Oktober. Kenapa saya perlu menyambut Halloween?

“Sedangkan pada tarikh 31 Oktober itu saya ada penggambaran. Pada majlis itu juga saya yang memilih untuk memakai pakaian puntianak, adakah perbuatan itu salah?” ujar Abil penuh kesal.

SKIP THIS AD ×