berita

Kehilangan Ibu Bapa Ketika Masih Kecil, Gadis Sebak Dapat Lihat Semula ‘Senyuman’ Arwah Dalam Video Animasi

March 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Hati mana yang tidak sedih apabila insan tersayang terutamanya ibu bapa telah pergi buat selama-lamanya. Meskipun begitu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita sebagai makhluk harus tabah dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka.

Itulah perasaan yang dilalui oleh seorang gadis ini apabila ibu bapanya telah pergi menghadap Ilahi ketika usianya masih kecil.

Rindu senyuman mak ayah

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang gadis di akaun TikTok, Shwsky meluahkan rasa rindu terhadap dua insan tercinta. Ibunya telah meninggal dunia pada tahun 2000 iaitu ketika gadis ini baru berusia empat tahun manakala enam tahun kemudian iaitu ketika berusia 10 tahun, bapanya pula telah pergi buat selama-lamanya. Hanya gambar sahaja yang mampu membuatkannya melepaskan rindu terhadap mereka.

Berdasarkan video pendek yang dimuat naik, gadis ini memaklumkan akhirnya dia ‘berhasil’ menemui satu aplikasi ‘My Heritage’ yang berfungsi untuk menukarkan gambar kepada video animasi. Gadis ini menggunakan aplikasi tersebut ke atas gambar ibu bapanya dan akhirnya dia berpeluang untuk melihat kembali ‘senyuman’ pada wajah ibu bapa tersayang.

Walaupun hanyalah animasi tetapi ianya sedikit sebanyak mampu mengubat kerinduan terhadap insan tersayang malah dapat melihat senyuman yang terukir di wajah mereka. Perkongsian video tersebut telah mendapat hampir 450k tontonan dan 90k tanda suka.

Rindu…

@shwskyMy Heritage ? missing them a lot. #familywasmyhappiness? it will rain by fia – fiaa

‘Be strong sis’

  

Sumber: Shwsky

SKIP THIS AD ×