Pemergian penyanyi, Adibah Noor sangat dirasai oleh ramai anak seni. Pelakon, Nam Ron merupakan salah seorang anak seni yang merasai kehilangan tersebut. Menurut Nam Ron, dia dan arwah sempat berlakon bersama dalam sebuah filem pada bulan Februari lalu.
Kehilangan seorang penghibur
Ujar Nam Ron, dia sempat berlakon bersama Adibah Noor sebagai suami isteri dalam filem ‘Eraser’. Pada waktu itu, Nam Ron berkata dia tidak tahu mengenai penyakit yang dihidapi oleh Adibah. Jelas Nam Ron, dia menerima khabar sedih mengenai Adibah Noor sejak bulan lalu.
Dato Zainal Abidin memberitahu saya yang Adibah disahkan mengidap kanser dan telah selamat menjalani pembedahan pada ramadan lalu.
Bercerita mengenai berita pemergian arwah, Nam Ron memberitahu dia terkejut sebaik sahaja mendapat tahu hal tersebut. Sebagai rakan, Nam Ron berkata dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih. Nam Ron turut berdoa agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan tenang di sana.
Kita kehilangan seorang penghibur yang penuh kasih sayang dan disenangi oleh semua yang pernah berkerja bersamanya. Kehilangan yang takan ada penganti. Innalilahiwainnalillahirojiun semoga beliau tenang di sana.
Sumber: Nam Ron