berita

Keith Foo Bakal Beli Kereta Mewah Bernilai Lebih RM500 Ribu

November 14th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

keith foo 1-2

Fuh! Rupa-rupanya selebriti Malaysia ni memang kaya raya beb. Mana taknya, seorang demi seorang sudah memiliki kereta mewah hasil daripada kerja keras mereka selama ni.

Jika bulan lalu hero drama ‘Rindu Awak 200%’, Zul Ariffin dikatakan membeli kereta Audi, kali ini hero drama ‘Ariana Rose’ pula bakal tunjuk taring.

Khabarnya, si kacak Keith Foo sedang merancang untuk membeli sebuah kereta mewah yang bernilai lebih setengah juta ringgit. Jenis kereta yang macamana agaknya menjadi idaman Keith Foo? Cuba teka.

keith foo 1-1

Terliur bila tengok foto jenis kereta yang didakwa bakal menjadi pilihan Keith Foo ni. Siap minta persetujuan daripada buah hatinya, Kim Raymond lagi tau.

Memandangkan karier lakonannya yang semakin berkembang, kami yakin bahawa Keith Foo dapat menjadi tuan empunya kereta mewah itu dengan mudah sekali. All the best bro!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×