Di Muar, Johor, seorang lelaki mengaku bersalah kerana merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya hingga bersalin sejak tahun 2020.
Mengaku bersalah
Menerusi laporan Harian Metro, tertuduh yang berusia 41 tahun dan bekerja kampung mengaku bersalah terhadap kesemua lapan pertuduhan dengan tujuh daripadanya membabitkan rogol yang bermula ketika anaknya berusia 12 tahun.
Kamu tak terfikir ke masa depan dia sebelum buat? Ini anak menjadi tanggungjawab dan amanah pada kamu sebagai ayah. Anak-anak adalah rezeki, malah ada orang masih belum dapat anak walaupun macam-macam buat termasuk jumpa doktor.
Menurut Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, tertuduh dikenakan hukuman penjara 218 tahun serta 75 sebatan. Mengikut fakta kes, kejadian pertama berlaku apabila tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya pada waktu malam pada 2020.
Selepas itu, tertuduh melakukan perbuatan jijik terhadap mangsa pada Oktober tahun sama dengan merogolnya dan kejadian terakhir berlaku pada 8 pagi, 5 Jun lalu.
Mangsa yang baru melahirkan anak lelaki minggu lalu dalam laporannya memberitahu, tertuduh turut memanjat bilik selepas mangsa menukar kunci bagi mengelak dirogol namun gagal.
Ujar Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejadian terbongkar selepas pemeriksaan kesihatan dijalankan di sekolah mangsa dan mendapati berlaku perubahan fizikal pada tubuhnya. Mangsa ketika itu tidak mengetahui dia mengandung sebelum membuat laporan polis terhadap tertuduh.
Tertuduh pertama kali didakwa pada 14 Jun dan mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan. Semua kejadian berlaku di sebuah rumah.
Sumber: Harian Metro