berita

Kejam! Persatuan Haiwan Terbiar Cari Individu Panah ‘Oyen’ Sampai Cedera

August 5th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Sangat tidak berperikemanusiaan, kekejaman yang berlaku ke atas seekor kucing yang dilihat cedera pada bahagian leher akibat dipanah.

‘Apa salah kucing ini?’

Dalam satu hantaran milik Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) di laman Facebook, dikongsikan foto kezaliman yang berlaku ke atas haiwan terbabit yang difahamkan terjadi di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong.

Dalam kapsyen perkongsian, SAFM mengutuk perbuatan tersebut yang nyaris-nyaris membunuh kucing yang tidak bersalah itu.

Apalah salah kucing ini sehingga ia dipanah sebegini rupa?

Sebarang bentuk penganiyaan terhadap haiwan merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan perlu dibanteras sehingga ke akar umbi.

SAFM juga meminta sebarang saksi untuk tampil ke hadapan supaya pesalah yang melakukan perbuatan zalim ini boleh ditangkap dan didakwa.

Tambah SAFM lagi, sebarang perilaku tidak berkemanusiaan terhadap haiwan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sebarang perilaku tidak berkemanusiaan terhadap haiwan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Pelaku boleh dihukum penjara maksimum 3 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

SAFM turut memohon agar mereka yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut menyalurkan maklumat berkenaan agar mereka dapat mengambil tindakan.

Sebarang maklumat mengenai kes ini boleh disalurkan di laman sesawang SAFM, atau WhatsApp SAFM HOTLINE 0162662007.

Sumber: Facebook Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia – SAFM

SKIP THIS AD ×