berita

Kejam! Suspek Bunuh Pemandu Grab Ditahan, Mengaku Bunuh Sebelum Campak Mayat Di Semak

May 28th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak kelmarin, kehilangan pemandu Grab Mohd Hanafiee Jaafar menjadi tanda tanya orang ramai sebelum keluarga mangsa mengesahkan mayat dijumpai hari ini milik mangsa. Walau bagaimanapun, pihak polis masih lagi membuat pengecaman semula memandangkan mayat sudah mula reput.

Terbaru, polis berjaya menahan dua lelaki di kawasan parkir 1 Borneo, di Kota Kinabalu, 9.50 malam tadi. Kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa sebelum membuang mayatnya. Kejamnya!

Membuang mayatnya di kawasan semak

Menurut Ketua Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di Kota Kinabalu, siasatan mendapati mangsa membawa kedua-dua suspek kira-kira 4 pagi, Jumaat lalu, dari Kingfisher ke Tuaran.

Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa sebelum membuang mayatnya di kawasan semak di Kampung Shahbandar, Tuaran.

Siasatan juga didapati sejumlah wang milik mangsa hilang, manakala barang lain masih dalam siasatan.  Kedua-dua suspek berusia 20 tahun dan salah seorang adalah warga asing. Kedua-dua suspek juga tidak mempunyai pekerjaan.

Polis akan memohon reman hari ini ke atas kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut.

Tubuhnya mula membengkak

Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hingga tiga hari lalu berdasarkan keadaan tubuhnya yang mula membengkak dan kita percaya kejadian berlaku pada 24 Mei lalu.

Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, pihak polis masih menjalankan pengecaman ke atas mayat mangsa bagi memastikan mangsa itu adalah pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Mangsa mula reput

Ahli keluarga pemandu Grab sudah dipanggil untuk pengecaman tetapi mereka gagal membuat pengecaman bahawa itu adalah pemandu Grab kerana keadaan mangsa yang mulai reput.

Oleh itu, kita akan menggunakan kaedah lain dengan menggunakan cap jari dan DNA untuk mengenal pasti mayat itu adalah pemandu Grab yang dilaporkan hilang.

Bagaimanapun berdasarkan pengakuan, kedua-dua suspek melakukan samun ke atas pemandu Grab sebelum membunuh mangsa.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×