berita

Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3 Diteruskan Secara Online, Ini Cara Mudah Nak Join!

March 18th, 2020 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Memandangkan banyak event dah mula cancel dan ditangguhkan, kami yakin mesti ramai ‘kaki gamers‘ ternanti-nanti pengumuman baharu tentang Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) pulak.

Haa… kalau korang nak tahu, kejohanan e-sukan kampus ni tetap diteruskan seperti yang dirancang tau. Cuma kaedah penganjurannya saja sedikit berbeza. Nak tahu macam nak join? Baca artikel ni sampai habis ya!

Artikel Berkaitan: Tak Payah Keluar Rumah, Jom Sertai Celcom Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3 Secara Online!

Kejohanan e-sukan terbesar di Malaysia

Bagi yang belum tahu, Kejohanan E-Sukan Kampus atau Celcom KEK Sem 3 merupakan kejohanan e-sukan antara kampus terbesar di Malaysia yang dianjurkan oleh Celcom dengan kerjasama bersama MyGameOn dan KITAMEN.

Masuk semester ketiga, penganjuran kejohanan ini terus komited untuk memupuk semangat kesukanan dan melahirkan bakat-bakat e-sukan baru tanah air serta mendidik dan mendedahkan para pelajar tentang industri e-sukan dan juga gaming.

Boleh beraksi dari rumah!

Mengambil kira situasi Covid-19 yang makin membimbangkan, kejohanan Celcom KEK Sem 3 tahun ini nampaknya berlangsung sedikit berbeza berbanding penganjuran sebelumnya kerana ia diadakan sepenuhnya secara atas talian. Pendek kata korang beraksi je dari rumah.

Celcom KEK Sem 3 bakal bermula dengan pusingan kelayakan secara online pada 3 April bagi menentukan pasukan terbaik untuk mewakili setiap judul permainan. Bagi pasukan yang layak, korang akan bertanding di zon final secara atas talian bermula 11 April 2020.

Walau bagaimanapun, setakat ini Grand Final Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3 dijadualkan berlangsung di One Utama pada 4 hingga 7 Jun 2020 nanti. Apa pun, bagi ‘kaki gamers’ Mobile Legends: Bang Bang dan Call of Duty Mobile, korang jangan lepaskan peluang untuk sama-sama tonton live streaming Celcom KEK Sem 3 dekat rumah masing-masing tau!

Kalendar Acara: Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3

Hadiah bernilai sehingga RM150,000

Bagi korang yang setia follow Celcom KEK dari semester 1 lagi, kami yakin mesti ramai yang setuju kalau kami katakan hadiah yang ditawarkan tak pernah mengecewakan. Kali ini, Celcom KEK Sem 3 menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM150,000 tau!

Juara keseluruhan bakal membawa pulang biasiswa bernilai RM50,000 manakala dua kategori mobile game iaitu Mobile Legends Bang Bang dan Call of Duty Mobile juga masing-masing akan menerima RM50,000.

Demi maruah kampus, daftar sekarang!

Ya, demi maruah kampus, kami di OHBULAN! seru pelajar-pelajar dekat luar sana untuk cepat-cepat daftar Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3 sekarang. Cara nak daftar senang je, korang cuma perlu masuk ke laman sesawang komuniti.mygameon.my dan klik ‘Daftar Sekarang‘.

Sebarang maklumat lanjut atau perkembangan menarik tentang Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3, korang boleh layari laman sesawang KEK Komuniti hari ini juga. Daftar tau jangan tak daftar!

 

 

 

 

SKIP THIS AD ×