berita

Kekal Nombor 1, Ejen Ali Paling Laris! Raih RM13 Juta Dalam Tempoh Seminggu

December 6th, 2019 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Filem Ejen Ali The Movie kini telah berjaya mencatat kutipan lebih RM13 juta sejak ditayangkan pada 28 November 2019 lalu. Filem ini bukan sahaja meraih kutipan tertinggi dan mendominasi carta GSC Top 10 Movies selama 4 hari berturut-turut bahkan ia menjadi pilihan utama di kalangan penggemar filem. 

Ditayangkan khas sempena musim cuti persekolahan di Malaysia, filem ini menerima pelbagai komen dan ulasan yang positif dari pengkritik filem serta orang ramai. Mantap!

Ejen yang boleh mengawal semua gajet

Filem Ejen Ali The Movie yang dikuasakan oleh Tenaga Nasional Berhad dengan kerjasama Mydin dan PediaSure, telah melancarkan misinya di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 28 November 2019. Filem yang mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet  istimewa (IRIS – Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo,gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji. 

Sambutan luar biasa

Tinjauan kami di beberapa panggung wayang sekitar Lembah Klang menyaksikan filem ini bak goreng pisang panas apabila hampir ke semua hall tayangan Ejen Ali penuh! Ini memaksa pihak panggung wayang menambah waktu tayangan hingga ke tengah malam bagi memenuhi permintaan penonton.

Jumlah kutipan bagaimanapun dijangka terus meningkat menjelang hujung minggu ini. Jadi tunggu apa lagi? Jom serbu pawagam terdekat untuk menonton Ejen Ali! #KitaJagaKita

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×