Sejak semalam kecoh di laman sosial mengenai berita tentang seorang bekas pemain bola sepak pasukan kebangsaan yang didakwa telah memukul dan mengasari kekasihnya sehinga menjadi bualan ramai.
Artikel Berkaitan: Pemain Bola Sepak Didakwa Pukul, Cekik & Campak Teman Wanita Ke Lantai?
Mana tidaknya, kekasih yang dikenali sebagai seorang doktor, Dr Hana Rose telah memuat naik beberapa gambar kecederaan yang didakwa dipukul pemain bola tersebut.
Trauma
Terbaharu, Hana menerusi hantaran di Instagram Stories berkata, dirinya masih trauma dengan insiden terbabit sehingga badannya menggigil ketakutan.
Kamu orang boleh menilai apa sahaja dari luaran tetapi saya masih lagi trauma dan menggigil badan dengan semua ini.
Sementara itu, Hana menerusi satu lagi hantaran di entri sama mendedahkan bahawa dirinya bukan individu pertama yang menjadi mangsa pukul pemain bola tersebut.
Terima kasih yang kepada yang buat saya jadi kuat. Rupanya saya bukan orang pertama diperlakukan seperti ini (dipukul) olehnya. Sama juga dikasar dan dicekik.
Terdahulu, Hana yang mengaku kekasih kepada bekas pemain bolasepak pasukan kebangsaan Malaysia telah memuat naik beberapa gambar dirinya yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dengan mendakwa dikasari teman lelakinya.
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat kesan lebam akibat dipukul pemain bola berkenaan.
Difahamkan kejadian tersebut berpunca selepas berlaku pergaduhan antara mereka berdua, baru-baru ini.
Sumber mengatakan pemain terbabit sering mengasari Hana dan disebabkan tidak tahan dengan perbuatan tersebut, wanita itu akhirnya nekad mendedahkan kepada umum.
Hana yang mengalami kecederaan telah mendapatkan rawatan di klinik swasta.
Sumber: Instagram