berita

Kekurangan Bukan Penghalang, Pemuda OKU Buat Live Jual Baju, Stokin Di Media Sosial

June 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Kini, ramai peniaga memilih platfom berniaga secara atas talian berikutan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan daripada orang ramai. Mekanisme yang digunakan juga secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi kos yang perlu mereka tanggung.

Artikel Berkaitan: Live Pukul 3 Pagi Jual Bundle Harga RM1, Wanita Ini Sebak Bila Ramai ‘Support’

Artikel Berkaitan: 14 Ribu Orang Tonton Aksi Kanak-Kanak Jual Baju Di FB Live, Memang Pandai Berniaga Sungguh!

Seperti seorang peniaga yang menghidap Cerebral Palsy (gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan)

dikenali sebagai Dale ‘gigih’ membuat jualan secara atas talian bagi mencari rezeki yang halal buat keluarganya.

Berniaga secara atas talian

Foto: Tangkap layar video

Memegang status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), sama sekali tidak menjadi penghalang buat lelaki ini dalam memasarkan produk-produk yang dijualnya. Difahamkan, dia menjual stokin dan baju yang menawarkan pelbagai rekaan dengan harga yang berpatutan menerusi kaedah Facebook live.

Pada masa yang sama, lelaki ini sempat memohon maaf kepada orang ramai jika pelanggannya mempunyai kesukaran untuk memahami apa yang cuba dia sampaikan.

Saya adalah seorang OKU yang cacat anggota dari golongan Cerebral Palsy, berusaha menjalani perniagaan online, saya mohon maaf yang saya mempunyai masalah pertuturan, seandainya rakan rakan sekalian tidak dapat memahami saya sila teks dengan saya dalam chat.

Menerusi semakan pihak OHBULAN! selain menjual menerusi Facebook live, dia juga menggunakan platfom Shopee dalam memasarkan lagi produk yang dijualnya.

Video jualan:

Jangan berputus asa!

Sumber: Scarpe Negozio Empire

SKIP THIS AD ×