Bulan Ramadan merupakan bulan suci yang dinantikan umat Islam seluruh dunia. Pada bulan inilah kita diajak untuk memperbanyak amal ibadat selain menahan lapar dan dahaga. Nak kejar keberkatan bulan yang mulia ni. Bukan senang, tahun depan belum tentu jumpa!
Tapi disebabkan bulan puasa ni hanya setahun sekali, selalu terjadi moment lucu sama ada korang terlupa tengah puasa atau tak tahan sangat nak berbuka puasa. Ni min nak share 5 ragam yang korang boleh relate bila tibanya bulan ramadan. Korang macam ni ke?
1. Terlajak nak sahur, sedar je dah azan Subuh.
Disebabkan waktu bersahur adalah pada awal pagi, min yakin korang mesti pernah terlajak tidur sampai tak bersahur. Lagi sedih kalau sedar masa tengah azan Subuh. Rasa sedih tu tak boleh nak cakap la.
Bagi korang yang dah biasa berpuasa, mungkin korang rasa takde hal pun kalau tak bersahur. Tapi kalau jenis yang berpuasa masa bulan Ramadan je, korang mesti berguling nak tunggu waktu berbuka kan? Nasiblaaa…
2. Dah planning awal nak berbuka apa.
Baru pukul 10 pagi dah fikir nak masak ke beli je untuk berbuka. Hmmm.. Perangai apa ni? Mungkin setakat planning awal takpe lagi, tapi kalau sampai pengaruh orang untuk sama-sama usha makanan untuk berbuka puasa, sampai korang pon lapar.
Lagi menyakitkan hati kalau diorang tengok makanan lepas tu mengadu lapar kat korang. Ni boleh bawak gaduh… Baik mengaku korang ada buat tak perangai macam ni?
3. Hantu bazar Ramadan.
Puasa dan bazar merupakan 2 perkara yang tak boleh dipisahkan. Setiap kali tibanya bulan puasa, bazar Ramadan lah yang paling dinantikan. Kat sinilah korang boleh jumpa kuih-muih tradisional, ayam bakar, ayam golek, nasi ayam penyek dan pelbagai jenis air kat satu tempat. Harga yang dijual pon berpatutan.
Alang-alang bulan puasa ni mengajar kita erti kesabaran dan menahan nafsu, korang jangan la membazir semasa berbelanja. Beli ala kadar je, sekadar kenyangkan perut jangan nak over lak ye..
4. Asyik tengok jam… Macam baru belajar puasa.
Jangan ingat dah besar tak buat perangai. Makin tua la kadang-kadang perangai berpuasa mengalahkan budak-budak. Asyik tengok jam je, sebab tak sabar nak tunggu waktu nak berbuka.
Paling parah bila tinggal sejam dua sebelum berbuka, asyik tanya pukul berapa. Lepas tu, gaya lapar macam sebulan tak makan. Siapa ada kawan macam ni? Korang memang perlukan kesabaran yang tinggi nak layan dia.
5. Perangai bila teguk air waktu berbuka, kalau boleh satu jag nak habiskan..
Lepas seharian berpuasa, waktu berbuka pastinya dinantikan semua. Dapat pula air manis dan berais, pastinya dapat memberikan rasa lega. Dapat pula minum air favourite memang layan la…
Nak pula dapat NESCAFÉ Smoovlatte dengan rasa kopi yang lemak berkrim, mesti puas punyalah korang buka puasa. Sekali teguk je boleh habis.
Kekal Smoov Sepanjang Ramadan dengan NESCAFÉ Smoovlatte….
Seharian berpuasa NESCAFÉ Smoovlatte pastinya dapat membantu korang kekal fokus sepanjang hari. Pastikan korang sentiasa ada sebotol NESCAFÉ Smoovlatte sebagai persediaan untuk berbuka puasa di mana saja.
Kalau korang tersangkut dalam kesesakan jalan raya atau tak sempat sampai di kedai pada waktu berbuka, NESCAFÉ Smoovlatte boleh membantu mengalas perut, takdelah korang kena tahan lapar sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.
Sempena Ramadan ni juga, NESCAFÉ Smoovlatte berbesar hati mengedarkan 500 botol NESCAFÉ Smoovlatte setiap hari di 25 lokasi terpilih sekitar Lembah Klang untuk sama-sama meraikan kedatangan bulan mulia ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut kat mana lokasi edaran NESCAFÉ Smoovlatte, korang tengok je kat bawah ni:
Edaran akan dibuat mulai 7 malam sehingga 9.30 malam. So, jangan lepaskan peluang korang untuk berbuka bersama NESCAFÉ Smoovlatte. Jom berbuka dengan NESCAFÉ Smoovlatte barulah Ramadan korang kekal smoov.