berita

Kelar Ibu & Adik Kandung Guna Pisau Pemotong Daging, Penganggur Berdepan Hukuman Penjara 80 Tahun

March 28th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Malaysia Gazette

Seorang penganggur berdepan hukuman penjara 80 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua tuduhan mencederakan ibu dan adik perempuannya dengan mengelar mereka menggunakan pisau pemotong daging dalam satu kejadian pada 10 Mac lalu.

Kelar ibu, adik kandung

Foto: Sinar Harian

Akibat perbuatan tersebut, kedua-dua mangsa iaitu Sapiah Abdul Kadar, 49, dan Noor Iman Dania Abu Samad, 11, mengalami kecederaan parah. Menurut sumber, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 40 tahun dan dikenakan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim kemudian memohon tertuduh Muhammad Hidayat Abu Samad, 24, yang tidak diwakili peguam menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor bagi mendapatkan laporan kesihatan mental.

Hakim Mohd. Sabri Ismail bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh dan menetapkan tarikh 19 April hadapan sebagai sebutan semula kes dan serahan laporan psikiatri.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×