Pelakon, Sharmaine Alexander meluahkan rasa syukur kerana mempunyai sahabat yang saling mendorong untuk mencapai matlamat hidup.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharmaine Alexander Beri Tempoh Dua Tahun Bina Nama – ‘Kalau Tak Menjadi, Saya Masuk Bidang Guaman Semula’

Artikel Berkaitan: Sharmaine Alexander Ubah Gaya Hidup Untuk Pulihkan Penyakit Kulit – ‘Setahun Saya Kurang Makan Nasi..’

Sangat bersyukur

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Sharmaine atau nama sebenarnya Sharmaine Ilenna Rudy Alexander mengenang persahabatannya bersama rakan-rakan sejak zaman universiti sebelum masing-masing berjaya mengejar impian.

Menurutnya, persahabatan itu menjadi sumber inspirasi untuk mereka terus mencapai kejayaan dan merancang masa depan.

Saya suka melihat bagaimana saya bertemu kawan-kawan ketika kami berusia 18 tahun, masih menjadi sekumpulan pelajar undang-undang yang tidak tahu apa-apa tentang kehidupan, sehinggalah sekarang kami berusia 26 tahun dan mula berbincang tentang memiliki aset serta hartanah sendiri sebelum umur 30 tahun.

Dua daripada tiga orang sudah berjaya mendapatkan rumah sendiri. Rumah saya akan siap pada Disember ini, manakala rumah seorang lagi kawan dijangka siap sekitar 2028. Seorang lagi sedang membuat permohonan dan masih dalam proses.

Dalam pada itu, pelakon drama Kasih Yang Terkorban itu turut menyifatkan teman rapat memainkan peranan dalam membentuk seseorang, sama ada ke arah lebih baik atau sebaliknya.

Justeru, dia berharap orang ramai dapat memilih sahabat yang membawa pengaruh positif dalam kehidupan.

Saya sangat bersyukur kerana berada dalam lingkungan persahabatan yang baik. Ini juga satu pengajaran bahawa kawan-kawan boleh membantu membentuk diri kita menjadi lebih baik atau sebaliknya. Kita semua semakin berusia.

Kelilingilah diri dengan orang yang bercakap tentang masa depan yang baik, menyimpan wang dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Pastikan lingkungan persahabatan kita mendorong dan memberi inspirasi kepada kita untuk menjadi lebih baik.

Sumber: Threads