Gara-gara hilang sabar kerana si isteri kerap meminta cerai, seorang lelaki akhirnya nekad menyimbah asid ke arah isteri, anak dan ibu mentuanya.
Suspek hilang sabar isteri minta cerai
Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribunnews, suspek yang dikenali dengan Rezy Saputra mengaku bertindak agresif kerana sudah tidak tahan dengan sikap isterinya, Siti Sri Hardianti yang dianggap keterlaluan. Menurut sumber, Siti berkali-kali meminta cerai dengan alasan masalah ekonomi yang dilalui mereka sekeluarga lebih-lebih lagi apabila suaminya itu tidak mempunyai pekerjaan.
Sejak daripada itu, rumah tangga mereka seringkali ditimpa masalah dan pasangan ini kerap bertengkar. Namun apa yang membuatkan suspek bertambah berang apabila isterinya itu memberitahu bahawa keluar dengan lelaki lain adalah jauh lebih bagus berbanding suaminya itu. Tambah suspek lagi, dia diberitahu oleh jiran tetangga mengenai sikap isterinya yang kerap keluar pada waktu malam semata-mata untuk bersama lelaki lain.
Suspek bakal dipenjara 12 tahun
Susulan daripada itu, suspek nekad menyimbah asid ke arah isterinya, anak, Reslia Saputri berusia dua tahun dan ibu mentuanya, Siti Hartini berusia 57 tahun pada 20 jun lalu. Suspek yang panik kemudian melarikan diri namun dia akhirnya berjaya ditahan pihak polis. Selain Rezy, pihak polis juga menahan seorang lagi individu, Ardiansyah yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa mengalami luka melecur di beberapa bahagian badan. Suspek kini disiasat mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak, Akta Keganasan Dalam Rumah Tangga, Penganiayaan dan berdepan dengan hukuman 12 tahun penjara.
Kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan mula menunjukkan respon untuk pulih. Siti Sri Hardianti dan Reslia Saputri masih menerima rawatan intensif di hospital. Manakala Siti Hartini kian beransur pulih dan telah dibenarkan pulang ke rumah.
Sumber: Video Tribunnews