Setiap pasangan yang bertunang tidak lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan. Sepanjang tempoh ini, kesabaran dan komunikasi yang baik di antara pasangan adalah sangat penting.
Namun lain pula ceritanya apabila gadis ini mendakwa dia menjadi mangsa sihir individu yang boleh dikatakan rapat dengannya. Dakwanya lagi, dia diberi makan ‘benda’ kotor sehingga muntah debu ketika berubat.
Diuji ketika bertunang
DUGAAN BERTUNANG
Assalam. Ya Allah hari ini kau beri kekuatan untuk aku setelah lama aku diam. Diam aku bukan bererti aku kalah. Betul orang kata dugaan tunang itu berat. Allah uji aku sampai tahap aku lemah selemahnya tapi alhmdulillah aku bangkit kerana Allah.
Tuntutan: Andai yang tak percaya teruskan. Seandaikan kamu ada di tempat aku, kamu akan percaya. Alam ghaib itu ada jin syaitan iblis itu wujud. Nak saman nak apa terserah. Aku akan fight sehabis mampu aku. Hak aku.
Ni aku ceritakan pahit getir dugaan demi dugaan yang aku lalui. Disebabkan manusia bertuhankan iblis. Demi kepentingan diri. Demi tamakkan harta orang.
1. Awal aku kenal ex tunang yes baik, baik sangat. Boleh kata ex tunang aku tak dak masalah. Dia baik jaga aku elok. Sahkan nak pukul jentik pun tak sesekali.
2. 12.12 kami tunang dan semua okay. Sampai bulan 6 Allah uji kami. Ada manusia yang iri tengok aku bahagia dia benci aku bertunang. Dia nak aku balik sampai tahap dia santau. Dan dia santau bukan pakai gambar. Dia guna nama penuh aku siap binti ibu. Berubat okay benda dia hantar tak kuat sangat. So lepas ni semua okay.
3. Yang pelik ada satu lagi teruk sangat sampai tahap cakar muka. Rupanya dalam diam ada yang makan dalam selama aku jadi tunang ex aku tu. Ada yang lagi iblis. Yang orang tu paling paling paling paling rapat. Aku tak tuduh cuma setiap kali berubat. Nama dia yang akan keluar (aku tak mampu nak letak nama dia sepenuhnya atas aku masih jaga aib dia). Yang buat aku tu bukan ex tunang aku.
Bagi makan benda kotor
4. Sebab dia buat aku sedemikian
– Nak suruh aku patuh tunduk setiap arahan dia dan ya aku mengaku aku pernah kalah. Setiap kali dia mintak duit aku dengan tanpa soal aku akan bagi. Jumlah bukan seratus dua. Mula-mula dia nak RM2500. Dapat bank in RM2450 sebab duit sngkut. Dan yang kedua mintak RM1000 tapi yang itu dikira aku membeli barang untuk bisnes aku so aku tak kira. Dalam seminggu call aku mintak RM1000 lagi. Allah sedarkan aku tak tolong. Aku tak bagi. Start situ dia benci aku.
5. Dalam diam dia bagi aku makan benda kotor (debu mayat aku tak tahu daripada dia sebab benda yang dia hantar sendiri mengaku “Tuan aku bagi makan benda cemar dari tempat sembelih manusia bukan daripada kuil”). Allahurabbi aku nak percaya dan tak sama banyak tapi aku kena percaya! Sebab terjadi atas diri aku sendiri. Aku yang rasa!
6. Dia buat nak suruh aku sakit. Cakar muka tapi tak mampu lawan kuasa Allah.
7. Dia cari orang untuk buat aku lagi. Kali ini suruh aku GILA. Sampai tahap aku nangis teresak-esak putus asa kadang nangis kadang gelak. Tapi Allah tolog lagi. Allah kata kalau aku tak izinkan maka tak jadi. Aku ok elok.
8. Tak mampu lawan kuasa Allah untuk buat aku gila. Paling last dia buat suruh aku MATI. Seolah-olah bakar panggang aku atas bara. Tubuh aku dari kepala sampai pinggang panas seolah-olah disalai. Sakit Tuhan yang tahu. Datang bisikan “cari pisau bunuh kelar diri kau sendiri. Mati kau mati!!!”. Allahurabbi tapi Allah berkuasa. Aku lawan.
9. Allahuakhbar. Allah hantar yang mampu tolong aku. Terima kasih yang tolong. Tak mampu nak tulis sorang-sorang, hanya mampu ucap TERIMA KASIH sangat, Allah hantar kalian untuk bantu daripada tak dak rupa orang sakit teruk tahap orang buat suruh sakit gila dan tahap paling kejam sampai mati.
Muntah keluar hitam debu mayat
10. Allah hantar lagi manusia-manusia yang pernah dia aniaya datang sorang-sorang cerita buruknya dia ni. Aku tak pernah mintak orang datang cerita kebenaran tapi Allah Maha Kuasa.
11. Keluarga aku buat keputusan untuk putus tunang. Kami call pihak dia tapi tak angkat, reject. Ma ayah aku whatsapp semua bluetick. So kami hantar cincin dan semua barang-barang yang berkenaan. Duit aku alhmdulillah dapat balik ada cara aku sendiri malas nak hurai panjang-panjang cukup tahu semua dapat balik.
12. Ingatkan cukup. Lepas daripada tu lagi teruk dia buat. Takpa Allah ada. Allah penentu segalanya. Alhamdulillah dengan izin Allah aku tak gila dan tak mati sebab perbuatan dia. Aku ditakdirkan untuk mati dengan kuasa Allah yang menentukan ajal maut aku bila.
Yang paling sakit bila benda yang dihantar mengaku “Tuan aku sudah jadi pengikut aku! Tuan aku sekarang KELUAR ISLAM!!!!! Dan aku(iblis) nak budak perempuan ni (aku) ikut aku untuk keluar agama islam jugak. Jadi pengikut dajjal!!!”. Allahuakhbar. ALLAHURABBI hancur hati kami semua tahu.
Allahurabbi. Beratnya ujian mu. Terserah nak kata aku gila. Aku fitnah. Aku yang lalui. Aku yang rasa. Aku rela dianggap gila demi agama Allah. Berubat sampai aku muntah keluar hitam debu mayat dan keluar RAMBUT dari kemaluan aku (sorry terpaksa bagitahu).
Sekian.
Yang ikhlas daripada:
PEREMPUAN yang dianggap GILA
Sumber: Facebook