berita

‘Keluar Sebagai Kawan’ – Didakwa Mabuk Dengan Aliff Aziz, Oktovia Jawab Tuduhan Bella Astillah

February 27th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Pernah menghangatkan dunia hiburan dengan isu dikatakan mempunyai hubungan Afifah Nasir, Aliff Aziz didakwa buat hal lagi. Pendedahan itu dibuat isterinya, Bella Astillah menerusi Instagramnya, sebentar tadi.

Wanita yang dikaitkan dengan Aliff kali ini adalah pendatang baru, Oktovia Manrose yang kini sedang menjalani penggambaran satu drama bersama. Oktovia kemudiannya memberi respon atas dakwaan Bella itu.

Apa bukti mabuk?

Oktovia membuat kenyataan menerusi IG storynya mempersoal dakwaan yang dia mabuk seperti didakwa Bella. Malahan, dia juga mendakwa bukan hanya dia dan Aliff sahaja ketika di tempat kejadian untuk mengelak fitnah.

Tambahnya dia keluar dengan Aliff sebagai seorang kawan. Oktovia juga meminta Bella memberi bukti jika benar dia mabuk ketika kejadian.

Ini respon balas Bella

Bella kemudiannya membalas kenyataan Oktovia itu dengan mempersoal bagaimana dia boleh keluar sebagai kawan pada pukul 3 pagi. Menurut Bella lagi, suaminya itu sudah seminggu tidak pulang ke rumah.

Malahan, Bella juga mendakwa dia tidak bodoh untuk membuat kenyataan tanpa bukti yang kukuh. Tambahnya dia mempunyai 3 video bukti berhubung perkara itu.

Sumber: Bella Astillah, Oktovia Manrose

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×