berita

Keluarga Benjy Izinkan Arwah Dikebumikan Di Medan

July 11th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Hari ini kita digemparkan dengan berita pemergian seorang pelakon tanah air Benjy Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khaeryll Benjamin Ibrahim pada pukul 11 pagi.

Artikel berkaitan : Benjy Ibrahim Meninggal Dunia Di Medan, Indonesia

Terbaru, keluarga Allahyarham telah memberi keizinan kepada pihak penjara menguruskan pengebumian jenazah Benjy di Medan, Indonesia.

Beri izin kebumi di Medan

Berita pemergian Benjy itu telah dimaklumkan oleh bapa Benjy sendiri iaitu Zainal Mukhtar Rashidi.

Kami sekeluarga telah mengizinkan pihak penjara di Medan mengebumikan jasad (Benjy) di sana. Urusan pengebumian akan dijalankan esok.

Memetik laporan Astro Awani, Allahyarham yang berusia 43 tahun itu dilaporkan tenat dan menghadapi kesukaran untuk bernafas akibat diserang penyakit Asma sebelum Allayarham meninggal dunia di hospital.

Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di Hospital Medan Indonesia akibat Asma hati ini.

Benjy tidak dapat bernafas akibat sakit tenat lebih kurang 11 pagi (waktu Malaysia) dan telah cuba dibawa ke rumah sakit di sana tetapi tidak sempat untuk diselamatkan.

Menurut ahli keluarga Benjy, Allahyarham sebenarnya telah lama mengalami Asma tahap kronik serta penyakit paru-paru dan dikatakan juga sering dimasukkan ke hospital.

Sumber : Astro Awani

SKIP THIS AD ×