berita

‘Keluarga Kami Sudah Tidak Lengkap’ – Patimah Ismail

April 6th, 2024 | by Alia
Kini Trending

patimah keluarga

Isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa sedih tentang keluarganya.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Sayang Puteri Sarah Kerana Dia Menantu Yang Baik, Tapi Kebahagiaannya Digugat Penyondol Kejam’ – Patimah Ismail

Artikel Berkaitan: ‘Kami Doa Puteri Sarah Dapat Jodoh Yang Boleh Bahagiakan Dia & Anak-Anak’ – Yusof Haslam

Luahan hati ibu

 

View this post on Instagram

A post shared by Patimah Ismail (@patimah8057)

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Patimah memuat naik beberapa keping foto keluarganya semasa sambutan hari raya dari tahun 2014 hingga tahun 2023.

Paling menyentuh perasaan apabila Patimah menyifatkan keluarganya kini sudah tidak sempurna dipercayai selepas ketiadaan anak lelakinya Syamsul Yusof.

Patimah menyatakan perkara tersebut berserta emoji sedih di ruangan komen.

Keluarga kami sudah tidak lengkap.

Dalam pada itu, Patimah menegaskan bahawa meskipun dia tidak menyokong tindakan anaknya namun perkara tersebut tidak menghalang kasih sayang seorang ibu.

Jangan salah tafsir, tidak sokong anak bukan bermakna tidak sayang.

Tinjauan OhBulan! mendapati rata-rata warganet turut berasa sedih dan berdoa agar Patimah diberikan kebahagiaan selain berharap Syamsul dapat pulang ke pangkuan keluarga.

Doa yang baik-baik untuk keluarga datuk dan datin. Semoga ada cahaya yang menanti dihujungnya. Semoga Allah buka hati anak untuk pulang ke pangkuan ibunya.

Tetap semangat datin, semoga diberi hidayah kepada Syamsul untuk kembali ke pangkuan ibu dan bapanya, apa lagi ini bulan suci. Amin.

Semoga satu hari nanti keluarga datin bersatu kembali.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Walau bagaimanapun, rumah tangga mereka itu runtuh selepas mereka dengan rasminya bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Syamsul kemudiannya telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Ira Kazar pada Januari 2023.

Sumber: IG Patimah Ismail

SKIP THIS AD ×