berita

Keluarga Tak Datang Jamin, Zarina Anjoulie Ditahan Di Penjara Kajang

January 3rd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Berhubung isu penahanan Zarina Anjoulie yang sedang kecoh di dada-dada media, pelakon ini dilaporkan telah ditahan di Penjara Kajang petang semalam (Rabu) kerana tiada ahli keluarga yang hadir untuk mengikat jaminnya,

Menurut laporan Harian Metro semalam, Zarina dan pasangannya telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram. Mereka kemudiannya dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan syarat dijamin oleh ahli keluarga sehingga kes disebut semula pada 8 Februari nanti.

Walaubagaimanapun, hanya pasangannya iaitu Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, telah dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya.

Mereka berdua telah ditahan oleh polis selepas orang awam membuat aduan mendakwa mereka melakukan penyalahgunaan dadah di kondominium yang terletak di Damansara Damai.

SKIP THIS AD ×