berita

Keluarga Tergesa-Gesa Keluar Dari Malaysia, Peguam Ireland Ini Dakwa Kematian Nora Anne Penuh Misteri?

August 20th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin secara misteri dari resort tempat keluarganya menginap di Nilai, Negeri Sembilan 4 Ogos lalu mencetuskan tanda tanya. Namun kehilangan remaja itu berakhir dengan berita menyedihkan apabila mayatnya ditemui keadaan tidak berbaju  sekitar 1.57 petang 13 Ogos lalu kira-kira 2.5 kilometer dari resort berkenaan.

Peguam yang juga aktivis kanak-kanak, Anne Brennan menerusi Facebooknya mendakwa keluarga remaja itu terlibat secara langsung dengan kehilangan dan kematian Nora, seperti dilaporkan Free Malaysia Today.

Keluarga cepat-cepat keluar Malaysia

Anne juga mendakwa keluarga Quoirin ‘melakukan segalanya untuk mengelak tindakan undang-undang’. Tambahnya lagi, pengumuman keluarga berkenaan untuk meninggalkan Malaysia dengan mayat Nora disifatkan sebagai sangat mencurigakan.

Dakwanya lagi ibu bapa Nora, Meabh dan Sebastien Quoirin tergesa-gesa keluar Malaysia setelah menerima jaminan yang mereka tidak akan disiasat atas pembabitan kehilangan dan kematian remaja itu.

Mereka diberi kepercayaan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk meninggalkan siasatan kes pembunuhan dan melepaskan mayat Nora tanpa mengeluarkan laporan forensik dan toksikologi yang diperlukan dalam siasatan kematian kes jenayah biasa.

Tiada bukti pergelutan, cap jari & tapak kaki

Menganggap keseluruhan kes itu mempunyai ‘sesuatu yang disembunyikan’, Anne berkata pasangan Quoirin itu memaklumkan pergerakan yang tidak membantu sebelum melaporkan kehilangan anak mereka.

Ujarnya lagi, polis turut mengesahkan tiada bukti ‘pihak ketiga’ telah memecah masuk villa keluarga itu pada malam Nora dilaporkan hilang.

Tiada bukti pergelutan, tiada cap jari, tapak kaki atau jeritan didengari sesiapa. Polis maklumkan Nora tidak keluar keseorangan. Ada pihak ketiga terlibat dan dia adalah seseorang yang dikenali Nora.

Maut kerana bocor usus

Harian Metro melaporkan hasil bedah siasat oleh pakar patologi yang memakan masa 10 jam semalam mendapati Nora Anne mati dalam masa dua ke tiga hari sebelum ditemui.

Punca kematian adalah disebabkan kebocoran usus kerana tiada makanan dalam tempoh panjang dan stress (tekanan) yang berpanjangan

Polis mendapati ada kesan cakaran pada kaki Nora namun pakar menjalankan bedah siasat mendapati perkara itu tidak menyebabkan kematian remaja berkenaan.

Sumber: Free Malaysia Today, Anne Brennan, Harian Metro

The following two tabs change content below.