berita

Keluarga Tertekan, Hefny Sahad Tak Sedia Kahwini Nad Zainal

July 17th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

red-carpet-7-630x419

Pasti bila korang nampak je nama Nad Zainal, mula teringat kisah percintaannya dengan Azwan Kombos yang terputus ditengah jalan kan?

Kami lihat episod putus cinta itu tak langsung menjejaskan karier Nad, malah kami tengok banyak juga program Nad sepanjang Ramadhan ini dan Raya nanti.

Korang semua pun mesti dah tahu yang Nad kini bercinta dengan pengacara kelahiran program realiti ‘On Air’ iaitu Hefny Sahad. Namun baru-baru ini kami dengar keluarga Hefny terjejas dek kerana percintaan mereka. Betul ke?

Hefny-Sahad-Nafi-Punca-Nad-Zainal-Putus-Cinta-ROTIKAYA

Memetik laporan Malaysian Digest, Hefny mengakui pada awal percintaan, keluarganya turut menerima tempias hingga ada pihak yang sanggup menghantar keratan akhbar melalui aplikasi WhatsApp. Dahsyat betul!

Namun menurut Hefny, apabila mereka menerangkan perkara sebenar, barulah ahli keluarganya dapat memahami dan menerimanya.

Masa awal-awal tersebar cerita tentang kami, tak dinafi keluarga saya turut terganggu dan tertekan. Banyak orang seperti jiran-jiran dan rakan-rakan mula bertanya macam-macam soalan kepada ibu saya.

Tak kurang juga, ayah saya yang turut menerima pelbagai pertanyaan orang sekeliling. Sampaikan ada yang hantar keratan tentang gosip kami kepada dia menerusi WhatsApp.

Tapi bila saya jelaskan pada mereka satu persatu akan hal sebenar, mujurlah mereka memahami dan boleh menerimanya.

Kalau dah bercinta, mesti fikir nak berkahwin kan? Namun, bagi Hefny memang serius dengan Nad tetapi masih belum memikirkan soal kahwin.

naddy

Hubungan kami baik dan masih rapat cuma jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Keluarga saya pun okay dengan perhubungan kami. Cuma, mereka melarang saya terlalu bercerita tentang hal cinta kami pada umum.

Saya ada banyak perkara lain yang ingin saya capai dahulu. Antaranya, saya ingin membelikan sebuah rumah untuk keluarga saya. Itu azam saya sebagai membalas jasa keluarga saya. Selepas itu baru saya fikirkan tentang kahwin. Lagipun saya target kalau boleh nak kahwin umur 30 tahun.

Hmm, tak apalah Hefny, baguslah kalau dah fikir untuk membahagiakan keluarga terlebih dahulu. Lagipun, kalau dah jodoh tak kemana. Pada kami, kalau dua-dua saling memahami. Bak kata pepatah, tak lari gunung dikejar.

Kredit Foto: Instagram Hefny

SKIP THIS AD ×