berita

Kemahiran Mengubah Kehidupan, Menjamin Masa Depan. Ikuti Kisah 3 Pelajar TVET Dalam Mencapai Impian Mereka!

December 15th, 2022 | by Aliff Haikal
Kini Trending

“Masa depan adalah milik mereka yang mempelajari lebih banyak kemahiran dan menggabungkannya dengan cara kreatif” kata Robert Greene dalam buku ‘Mastery’ memberi pandangan terhadap kejayaan seseorang dalam kehidupan bergantung kepada kemahiran yang dipelajari oleh individu. Wow!

Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2025, Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus komited menyediakan peluang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada belia Malaysia sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Jom kita baca 3 kisah pelajar lepasan TVET berjaya mencapai impian mereka!

1. “Jika kita mahu mengubah kehidupan, jadikanlah TVET ini sebagai pilihan” – Aminuddin Bin Idris

Amin merupakan graduan lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak Kuala Kubu Bharu, Selangor. Pada tahun 2014, beliau nekad mengambil keputusan untuk mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang Jahitan Pakaian Lelaki

Beliau mempelajari pelbagai teknik jahitan dan menerima banyak pendedahan berkaitan industri tekstil daripada tenaga pengajar yang kompeten dan berpengalaman. Amin juga sudah mula berjinak-jinak mengambil tempahan menjahit pakaian ketika masih belajar untuk menjana pendapatan sampingan.

Kini, Amin dan rakan kongsinya berjaya mengasaskan sebuah perniagaan jahitan yang dinamik, diberi nama Jarum Terbang International berpusat di Johor Bahru. Beliau mengakui berpuas hati dengan pilihannya terdahulu, Amin berkata “Jika kita benar-benar mahu mengubah kehidupan kita, saya seru anak-anak muda agar menjadikan TVET ini sebagai satu pilihan”.

Amin turut menerima anugerah Wira TVET KBS bersempena Minggu TVET Negara 2022 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada bulan Jun lepas.

2. “Reinventing yourself to stay relevant!” – Umi Kalsom Bt Mad Salleh

Digelar sebagai usahawan wanita, Umi Kalsom Mad Salleh atau Umi merupakan Pengurus Besar Siti Raya Food Enterprise dan Irizz Cookies membuktikan wanita sentiasa mempunyai ‘sentuhan emas’ dalam apa saja bidang diceburi sama ada bidang kemahiran mahupun perniagaan. Wow!

Fokus Umi bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk komuniti setempat, graduan lepasan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBTN) Alor Gajah aktif berpersatuan dan giat berkongsi kemahiran dan pengalaman beliau membantu meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga kecil di sekitar Batu Pahat.

Umi merasakan program TVET banyak memberi peluang dan pengalaman yang tidak ternilai dalam kehidupannya. Beliau turut berkongsi pengalaman bersama masyarakat setempat membantu dalam misi bantuan Covid-19. Bertemakan ‘Bangkit Bersama Rengit’ beliau bersama rakan-rakan memberikan bantuan seperti makanan dan kewangan kepada penduduk kampung yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Umi berkongsi pendapat perniagaan, “dunia perniagaan ini sama seperti air laut, ada pasang surutnya. Untuk mengemudi perniagaan dengan baik, kamu perlu sentiasa reinventing yourself to stay relevant,

Dan rajin untuk terus belajar benda baharu. Alhamdulilah, kemahiran yang saya miliki hari ini telah menjadikan saya seorang usahawan wanita”.

Umi turut berkata tentang anak muda pada masa kini, “Jika anak muda pada hari ini tidak mempunyai apa-apa kemahiran spesifik atau khusus, saya fikir kita (anak muda) akan terus kekal mengisi ruang-ruang pekerjaan berpendapatan (gaji) rendah”.

3. “TVET membawa saya ke luar negara dan mengubah kehidupan kami sekeluarga” – Uvarajan A/L Sathia Seelan

Tiga tahun lepas, Uvarajan anak kelahiran Selangor mengambil keputusan untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Pemesinan AM di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam. Kemudian, beliau menyambung pengajian diperingkat Diploma Pembuatan CAD/CAM di IKTBN Pagoh untuk melengkapkan kemahiran beliau.

Selepas tamat pengajian, Uvarajan mendapat tawaran sebagai ‘Machinist’ di salah satu sebuah syarikat pembuatan komponen aeroangkasa di Singapura. Bukan itu sahaja tau, baru-baru ini Uvarajan mendapat tawaran bekerja di Baker Huges, Kanada sebuah syarikat perkhidmatan minyak dan gas antarabangsa dan salah satu syarikat perkhidmatan minyak terbesar dunia.

“Ramai yang tidak sedar, sebenarnya bidang TVET ini mempunyai banyak peluang yang tersembunyi dalam dan luar negara. Pekerjaan (tugasan) yang ditawarkan ini sama seperti apa yang kita pelajari waktu kita belajar dulu (di Institusi). Saya gembira TVET telah membawa saya ke luar negara dan mengubah kehidupan kami sekeluarga,

Jadi sebagai anak muda di luar sana, saya sarankan buatlah pilihan sekarang, belajar bidang kemahiran. Pilih apa yang kamu minat dan serasi dengan kamu. Jangan tunggu lagi! TVET is filled with endless possibilities, just go for it!” kata Uvarajan dengan wajah ceria.

Jadi korang tunggu apa lagi? Jom sertai ILKBS sebelum terlambat!

Haa… korang dah dengar kisah kejayaan pelajar graduan ILKBS, korang tunggu apa lagi! Pengambilan Pelajar Baharu Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Sesi 1/2023 telah dibuka. 

Program TVET ILKBS terbuka khas untuk lepasan SPM berumur 18 sehingga 30 tahun! ILKBS menawarkan lebih 160 kursus kemahiran secara PERCUMA di 22 Institusi latihan kemahiran seluruh negara tau!

Korang boleh layari laman ini untuk mendapat maklumat tambahan dan sertai ILKBS sekarang! Jom jadikan kehidupan korang sebuah kisah kejayaan memberi inspirasi kepada generasi seterusnya dalam program yang ditawarkan oleh ILKBS. Kemahiran Mengubah Kehidupan, Menjamin Masa Depan.

SKIP THIS AD ×