berita

Kemaluan Membengkak Dalam Botol, Lelaki 47 Tahun Pergi Hospital Minta Bantuan

April 12th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tak ada penyakit, cari penyakit! Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kemaluannya tersekat pada muncung botol plastik di Pontian, Johor semalam.

Kemaluan tersekat pada muncung botol

Sekadar gambar hiasan

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, pihaknya telah mendapat panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 7.18 malam dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama enam anggota telah bergegas ke Hospital Pontian bagi membantu mangsa.

Setibanya di Hospital Pontian, didapati seorang lelaki dewasa berusia 47 tahun dengan kemaluannya tersekat pada muncung sebuah botol plastik.

Akibat dari kejadian terbabit, alat sulit lelaki berkenaan telah bengkak dan menyebabkan kesukaran untuk mengeluarkannya dari muncung botol plastik tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak bomba telah mengambil masa dalam 20 minit bagi memotong botol tersebut dengan menggunakan alat pemotong khas sebelum berjaya mengeluarkan kemaluan lelaki itu.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×