berita

Kemaluan Terpacak 3 Hari Tak Turun-Turun, Lelaki Dikejarkan Ke Hospital

October 19th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki di Brazil telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami ereksi secara berlebihan dan melampau selama tiga hari.

Kemaluan ‘terpacak’ tiga hari

Memetik laporan Daily Ekspress, lelaki yang berusia 46 tahun itu dikatakan telah menelan beberapa biji pil perangsang sehingga mangsa mengalami ereksi berterusan selama tiga hari.

Selepas mengalami sakit pada bahagian kemaluan dan zakarnya dikatakan ‘terpacak’, mangsa telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pakar bedah kemudian memberikan suntikan pada pangkal zakar untuk mengurangkan ketegangan pada organ tersebut.

Selepas menerima rawatan daripada pusat kesihatan berkenaan, lelaki itu dibenarkan pulang ke rumah. Menurut pakar urologi, Andre Brasileiro, berkata ubat-ubatan perlu diambil mengikut bimbingan perubatan.

Sumber: Daily Express

SKIP THIS AD ×