Pempengaruh media sosial, Catalina Gutierrez ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta pada Rabu lalu, di bandar Cordoba, Argentina.
Dibakar sampai mati
Mayat mangsa yang berusia 21 tahun itu ditemui dalam keadaan tragis di mana tubuh badan mangsa melecur akibat dibakar sebelum diletakkan tempat duduk belakang kereta milik ibunya.
Menurut sumber, kali terakhir mangsa dilihat meninggalkan rumahnya untuk keluar bersama rakan-rakan di pusat beli-belah Patio Olmos. Mangsa dikatakan sempat menghantar pesanan audio kepada teman lelakinya memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke pusat membeli-belah itu. Tetapi mangsa dilaporkan tidak tiba di lokasi penemuan tersebut.
Difahamkan, mangsa juga gagal dihubungi oleh rakan-rakannya sehinggalah mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.
Hasil siasatan awal mendapati, rakan sekelasnya, Néstor Soto mengaku telah membunuh mangsa dan suspek dipercayai menaruh perasaan cinta terhadap mangsa. Namun mereka tidak menjalinkan hubungan romantis.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami sesak nafas akibat dicekik dan terdapat kecederaan akibat dipukul serta melecur.
Sumber: Evrimagaci, Haberler