berita

Kemaruk Punya Pasal, Warga Emas Gila Seks Curi Seluar Dalam, Sarung Pada Bantal

February 20th, 2020 | by faris
Kini Trending

Misteri kehilangan pakaian dalam seorang wanita terjawab apabila video kamera litar tertutup merakam kelakuan keji lelaki warga emas 51 tahun mencuri pakaian berkenaan. Kejadian tersebut berlaku di sebuah taman perumahan di Kelemak, Alor Gajah, Melaka.

Dirakam CCTV

Suspek yang dipercayai kemaruk seks dan masih bujang itu ditahan pada malam Selasa selepas laporan polis dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu kepada Harian Metro, mangsa menyedari beberapa pakaian dalam yang direndam dalam mesin basuh di belakang rumahnya hilang ketika ingin membasuh pakaian pada jam 7.40 pagi itu.

Mangsa kemudian melihat rakaman CCTV yang dipasangnya di belakang rumah. Suspek dilihat masuk ke belakang rumah dengan memanjat pagar sebelum menyelongkar mesin basuh.

Mangsa membawa pita rakaman berkenaan ke IPD semasa membuat laporan polis.

Ada rekod jenayah

Dakwa mangsa, dia telah kehilangan pakaian dalamnya sejak November tahun lalu.

Suspek ditahan pada jam 9.30 malam kelmarin di sebuah rumah di taman yang sama dan hasil pemeriksaan menjumpai 10 seluar dalam wanita pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM150.

Turut dijumpai 30 pakaian dalam wanita yang dipercayai milik wanita lain, termasuk seluar dalam dan anak baju yang sudah disarungkan pada bantal.

Tambah Arshad, hasil semakan pihaknya, suspek mempunyai rekod jenayah atas kesalahan pecah rumah dan ugutan jenayah. Malahan, ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan dan dipercayai terbabit dalam dua kes liwat di Gombak sebelum ini tetapi kes berkenaan belum dibicarakan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×