berita

Kematian Covid-19 Melepasi China, Rakyat Itali Berkeliaran Tanpa Sebab Didenda RM900

March 20th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Itali merupakan negara yang mencatat kematian akibat Covid-19 paling tertinggi selepas China. Jumlah kes di negara itu melebih 35ribu dan bilangan kematian seramai 2,978 setakat hari ini sekali gus berdepan dengan tempoh perintah berkurung dilanjutkan.

Perintah berkurung dilanjutkan

Menerusi laporan BBC News, Negara Itali setakat hari ini mencatatkan angka kematian akibat Covid-19 paling tinggi dengan purata kematian kira-kira 427 orang sehari. Jumlah kes di negara itu dicatatkan melebih 35ribu.

Ekoran daripada itu, Kerajaan negara berkenaan telah melaksanakan perintah berkurung pada 12 Mac 2020 dan kini akan dilanjutkan sehingga 25 Mac 2020. Semua rakyat di negara berkenaan sedang diperintahkan untuk terus kekal berada di dalam rumah tanpa berhubung dengan mana-mana individu. Kesemua institusi pengajian dan pengakutan awam telah ditutup operasi. Hal ini adalah bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.

Pengebumian dilakukan segera

Memetik laporan BH Online, lanjutan tempoh perintah berkurung di negara itu berkemungkinan besar memberi kesan kepada ekonomi Itali.

Sementara itu, terdapat jentera tentera Itali dilihat menghantar keranda di tanah perkuburan di Bandar Bergamo. Malah, upacara pengebumian itu hanya perlu dilakukan dengan segera dalam tempoh 30 minit bagi mengelak penularan wabak.

13 kes kematian doktor

Agenzia Nazionale Stampa Associata (ANSA) Itali melaporkan dua lagi kematian membabitkan doktor di Barat Como, Bergamo dan menjadikan jumlah anggota perubatan meninggal dunia sebanyak 13 kes. Bagaimanapun, Perdana Menteri Itali iaitu Giuseppe Conte tegas dan meminta semua rakyat untuk bertindak mengambil langkah keselamatan.

Kita tidak boleh memandang remeh sebarang perkara dan perlu bertindak berdasarkan senario terburuk. Kesemua langkah yang diambil, termasuk menutup semua premis perniagaan dan menghalang pergerakan orang ramai, perlu dilanjutkan.

Pada saat ini, tiada lagi langkah pencegahan lain yang boleh dipertimbangkan. Namun, sekiranya perintah kami tidak dihormati, maka, kita akan bertindak.

Semua kedai ditutup kecuali farmasi dan pasar awam. Malah, negara itu turut mengenakan denda sebanyak 206 Euro (RM 971.75) kepada rakyat yang didapati berada di kawasan umum tanpa alasan kukuh.

Denda akan dikenakan

Sementara itu, pada hari Rabu lalu, negara China mengesahkan bahawa tiada penambahan kes baharu sejak wabak itu mula merebak di daerah Wuhan. Terdapat 34 kes baharu dicatatkan dalam kalangan rakyatnya yang baru pulang dari luar negara. Walaupun, kes kematian di Itali antara yang paling tinggi dicatatkan di seluruh dunia, namun bilangan kes pesakit positif Covid-19 masih memperlihatkan China di kedudukan teratas dengan melebihi 81 ribu kes.

Sumber: KKM, BBC News, BH

SKIP THIS AD ×