berita

Kematian Mejar Mohd Zahir Diklasifikasi Sebagai Kes Terpencil, Kemalangan Dalam Latihan

September 26th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tanggal 4 September 2019, anak kepada pelakon AR Badul, Mejar Mohd Zahir Armaya telah disahkan meninggal dunia apabila tercedera ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia. Arwah telah disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Ekoran daripada kejadian menyayat hati itu, orang ramai beranggapan satu siasatan lengkap perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi mengenalpasti punca sebenar insiden ini. Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan mengesahkan tragedi yang menimpa arwah sebagai kejadian terpencil dan ia kemalangan dalam latihan.

Peralatan digunakan dalam keadaan baik

Memetik laporan Harian Metro, hasil siasatan, TDM mendapati peralatan dan kelengkapan yang digunakan semasa latihan keupayaan itu berada dalam keadaan baik. Tindakan tatatertib bagaimanapun akan diambil terhadap individu yang terlibat.

Walau bagaimanapun, TDM akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap individu yang terbabit selain prosedur operasi standard (SOP) dikemaskini jika perlu.

Bagi latihan untuk memperkasakan TDM akan diteruskan khususnya bagi meningkatkan keyakinan semua warga TDM terhadap peralatan dan kelengkapan yang sedia ada.

Dinaik pangkat ke Leftenan Kolonel

TDM turut memaklumkan bahawa arwah telah disokong untuk dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel oleh Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) yang bersidang pada 17 September lalu.

Namun tertakluk kepada kelulusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain itu, TDM juga menghulurkan bantuan yang sewajarnya terhadap balu Allahyarham, Nour Shafinar Harun serta ahli keluarga sejak hari pertama insiden berkenaan.

Keluarga mereka akan terus diberi bantuan dan faedah yang sewajarnya mengikut kelayakan yang ditetapkan dalam perkhidmatan TDM.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×