berita

Kematian Rayan Buat Penduduk Arab Saudi & Dunia Imbau Tragedi ‘Lama Al-Rouqi’ 9 Tahun Lalu

February 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Insiden yang menimpa Rayan di Maghribi mengingatkan penduduk Arab Saudi kepada kejadian serupa yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan, Lama al-Rouqi. Pada bulan Disember 2013, Lama yang berusia enam tahun, telah terjatuh ke dalam sebuah perigi terbiar di utara bandar Tabuk. Mayat anak kecil itu ditemukan pada kedalaman 40 meter di dalam perigi tersebut.

Artikel berkaitan: Diculik Selepas Pulang Dari Sekolah, Kisah Fawaz Raih Simpati Dunia Selepas Video Dipukul Tular

Artikel berkaitan: Kronologi Terperangkap Dalam Perigi: Pasukan Penyelamat Hanya Tarik Keluar Mayat Rayan – ‘Perginya Anak Syurga’

Macam mana boleh berlaku?

Sebelum kejadian, Lama dipercayai sedang berkelah bersama keluarganya di kawasan tersebut. Siapa sangka, aktiviti riadah bersama keluarga itu bertukar menjadi sebuah tragedi. Lama telah terjatuh ke dalam sebuah telaga yang berkedalaman kira-kira 100 meter. Pelbagai usaha menyelamat giat dijalankan termasuklah bantuan kamera inframerah yang digunakan untuk menjejak tubuhnya. Bagaimanapun mereka hanya ‘berjaya’ menemui jasadnya yang tidak lagi bernyawa tersepit di celahan telaga pada kedalaman 40 meter ke bawah.

Difahamkan, berdasarkan ujian DNA yang dilakukan ke atas mayat Lama Al-Rouqi, dia telah disahkan meninggal dunia ketika terperangkap di dalam perigi tersebut. Pada ketika itu, pihak pertahanan Awam Saudi dilapor telah menyalahkan geografi kawasan tersebut kerana keadaan telaga itu yang berdiameter seluas 50 sentimeter. Hal ini yang menyebabkan usaha menyelamatkan adik Lama Al-Rouqi terhalang dan seterusnya mengakibatkan kematian. Selain itu, jenis kualiti tanah, angin serta kedalaman telaga juga mempengaruhi usaha tersebut. Mengeksplorasi kenyataan dari Arab News, beberapa tahun sebelum itu terdapat juga seorang lelaki dewasa yang jatuh ke dalam perigi berukuran 50 meter. Namun pada waktu itu lelaki tersebut berjaya diselamatkan oleh pihak berwajib.

Aplikasi LAMA dibangunkan

Berikutan tragedi yang menimpa adik Lama Al-Rouqi, sekumpulan anak muda telah melancarkan satu aplikasi yang dikatakan mampu mengurangkan tragedi seperti kejadian tersebut berlaku. Aplikasi tersebut yang diberi nama LAMA, telah menyediakan platform yang mudah untuk melaporkan sebarang telaga ‘buta’ yang ditemui oleh pihak berkuasa atau sesiapa sahaja.  Aplikasi ini berfungsi walaupun tanpa sambungan internet.

Menariknya, penggunaan aplikasi tersebut menjadi popular dalam kalangan pengguna media sosial. Segalanya bermula gara-gara berita tragedi kematian yang menimpa adik Lama Al-Rouqi tersebar ke seluruh pelosok dunia. Beberapa insiden jatuh ke dalam perigi turut dicatatkan pada tahun sebelum-sebelum itu. Pada tahun 2012, seorang wanita berusia 30 tahun terjatuh ke dalam perigi kampung Umm Al-Doum di Taif. Selain itu, Rehab Al-Ofi berusia empat tahun juga telah meninggal dunia apabila terjatuh ke dalam perigi terbiar berkedalaman 60 meter di kampung Al-Qusaiba di wilayah Madinah. Walau bagaimanapun, menurut Arab News, tragedi seperti itu sudah jarang berlaku kerana pihak berkuasa Arab Saudi telah mengeluarkan arahan untuk kambus semula telaga yang tidak lagi digunakan.

Sumber: Arab News 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×