Penyanyi, Fuad Rahman mengakui sedang menjalin hubungan dengan rakan seperjuangannya dalam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) iaitu Tom.
Menuju ke arah lebih serius
Tujuan saya ajak couple dan menuju ke arah lebih serius agak orang ramai dan peminat tidak salah anggap kalau nampak kami di luar nanti. Kalau-kalau nanti saya terpeluk atau terpegang tangan dia kemudian orang ambil gambar kami dan sebarkan itu lagi bahaya.
Menurut Fuad, dia mula jatuh hati pada Tom sejak minggu kedua konsert Gegar Vaganza dan mula meluahkan perasaan sekitar dua minggu lalu.
Selepas itu kami terus tiada contact lagi. Saya tinggalkan dia waktu itu sendirian agak lama juga. Kemudian lepas keluar penjara saya mulakan hidup baru, saya kahwin dan ada keluarga. Manakala dia bawa diri ke Langkawai. Sampailah kami dipertemukan semula di GV. Waktu pertama kali jumpa di GV saya rasa macam tergamam sebab tak sangka jumpa di situ.
Saya tengok dia dah lain, kulit makin gelap. Saya rasa Tuhan pertemukan kami semula mesti ada hikmah. Apa pun dengan peluang kali ini saya ingin tebus semula kesalahan saya yang dulu sebab meninggalkan dia, saya rasa ini waktu terbaik untuk tebus silap saya pada dia. Insyallah, kalau dipermudahkan saya akan jaga hubungan ini lebih serius. Jika tiada halangan insyallah kalau tidak tahun depan mungkin tahu seterusnya kami akan berkahwin. Apa pun saya minta semua orang doakan hubungan kami dalam keadaan baik.
Terdahulu, Fuad menjelaskan perkahwinan dibina sudah berakhir dengan perpisahan selain mengemas kini status hubungan ‘in relationship’ bersama Tom di laman Facebook.
Sumber: Astro Gempak & Mohamed Fuad