berita

Kembangkan Perniagaan Dengan Tawaran Diskaun Sehingga 80% Daripada Omnia ADvantage

June 17th, 2022 | by Zulaikha
Shout Out!

Media Prima Omnia menyediakan inisiatif pemasaran yang baharu, Omnia ADvantage bagi membantu mana-mana perniagaan melalui pengiklanan yang mudah, berkesan dan pada harga yang sangat berpatutan.

Peluang baik ini dapat membantu khususnya bagi mereka yang ingin membina pelan pemasaran terbaik dengan diskaun sehingga 80% daripada harga biasa.

Rebut peluang terbaik!

 

Dengan capaian kolektif kepada 98% rakyat Malaysia, Media Prima Omnia, merupakan platform diyakini meliputi televisyen, radio, media cetak, dan digital. Menerusi Omnia ADvantage, bakal  membantu mana-mana perniagaan untuk mencapai sasaran pelanggan yang diingini pada tahun 2022.

Omnia ADvantage merupakan ekspo pemasaran dan seminar yang akan berlangsung selama lima hari bermula 20 hingga 24 Jun 2022. Lebih menarik, satu slot konsultasi selama 45 minit akan diberikan secara percuma dan sesi tersebut akan menunjukkan bagaimana perniagaan dapat berkembang dan menyasarkan pelanggan yang tepat pada masa sesuai melalui pemasaran mudah Omnia.

Menerusi ekspo ini pengunjung juga boleh mempelajari bagaimana perniagaan mereka boleh berkembang daripada pengiklan terbesar Malaysia termasuklah TV3, 8TV, Hot FM, Fly FM, NST, Harian Metro, Berita Harian, Says, Big Tree dan lain-lain lagi.

Hasil daripada Omnia ADvantage, mereka boleh memperluaskan strategi pemasaran menerusi pelbagai platfom dengan cara yang kreatif dan mengembangkan lagi perniagaan dengan jenama hebat media Malaysia. Sebagai pulangan, perniagaan tersebut boleh bekerjasama dengan syarikat media paling berpengaruh di Malaysia dan pada masa yang sama dapat menikmati kadar diskaun sebanyak 80% daripada biasa.

Jadi tunggu apa lagi, daftar segera menerusi laman omniaadvantage.com untuk mendapatkan slot konsultasi secara percuma di Sofitel Kuala Lumpur Damansara. Terdapat tujuh sesi setiap hari yang yang boleh dipilih bermula Isnin sehingga Jumaat, 20 hingga 24 Jun 2022.

SKIP THIS AD ×