berita

Kemenangan Han Byul Dipertikai, Ini Jawapan ‘Padu’ Siti Nurhaliza

October 7th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Konsert akhir program realiti Big Stage 2019 telah dipancarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, semalam.  Seperti yang dijangka ramai, Han Byul yang merupakan peserta dari Korea Selatan telah dinobatkan sebagai juara Big Stage musim kedua ini.

Namun, kemenangannya ini telah menjadi bahan pertikaian netizen di Twitter yang menganggap Han Byul tidak layak dinobatkan sebagai juara kerana dia adalah penyanyi dari negara lain.

Respon netizen

Rata-rata netizen menganggap bahawa Han Byul tidak layak bergelar juara kerana pertandingan Big Stage ini merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh Malaysia tetapi dijuarai oelh peserta dari luar negara.

Menilai dengan telus

Menerusi mStar, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merupakan juri tetap program Big Stage ini berkata, kemenangan yang diraih oleh Han Byul tidak sepatutnya dipertikaikan kerana bakat setiap peserta akan dinilai oleh juri tetap dan juga juri jemputan.

Sebagai juri dan dari pengalaman saya, muzik ini universal. Kita mempertaruhkan bakat dan berkongsi bakat di pentas ini. Buat apa kita buka penyertaan pada negara lain tapi kita nak juga peserta dari negara kita menang. Itu tidak ada persaingan namanya.

Persaingan yang sihat adalah kita menilai dengan telus dan jadikan ini sebagai salah satu daripada cabaran dan semangat buat artis-artis tanah air kita untuk belajar.

Terbuka kepada semua peserta

Menceritakan tentang itu, Datuk Siti juga turut berkongsi pengalamannya bersama penyanyi terkenal, Misha Omar yang menyertai pertandingan nyanyian di luar negara sehingga meraih kemenangan.

Namun, kemenangan mereka itu tidak dipertikaikan oleh orang lain kerana ianya dinilai berdasarkan bakat penyanyi itu sendiri.

Macam pertandingan saya dengan Misha Omar (juri jemputan), kita pernah pergi bertanding di satu pertandingan nyanyian di Shanghai, China dan kami berlawan dengan peserta tempatan.

Tapi disebabkan juri menilai lagu itu secara telus, saya dan Misha dipilih menjadi juara. Jadi dalam hal ini, tidak ada masalah siapa yang menjadi juara, meskipun orang luar.

Tambahnya lagi, Big Stage ini terbuka untuk kesemua peserta Indonesia, Korea dan sebagainya. Juri yang telah diberi tanggungjawab untuk menilai persembahan peserta dengan bakat yang mereka tunjukkan.

Sumber: mStar, Twitter

 

 

SKIP THIS AD ×