berita

Kementerian Penyiaran Indonesia Tegur Stesen TV Tayang ‘Live’ Youtuber Terkenal Lamar Kekasih

March 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Wakil Kementerian Penyiaran Indonesia (KPI), Mulyo Hadi bakal mengambil tindakan berhubung penyiaran majlis lamaran hingga pernikahan Youtuber terkenal, Atta Halilintar dan pasangannya, Aurel Hermansyah oleh stesen televisyen nasional, RCTI.

Memberi teguran

Menurut CNN Indonesia, Mulyo memberitahu bahawa pihaknya sudah memanggil pihak RCTI dan memberikan teguran. Malah, mereka bakal mengambil tindakan akibat kekecohan di media sosial. Di samping itu, mereka masih membincangkan isu ini dengan melihat perkara-perkara yang melanggar peraturan.

Sebelum ini, pada 2014 dan 2015 lalu denda pernah dikenakan terhadap majlis pernikahan Raffi Ahmad dan kelahiran anak Ashanty. Kami melihat stesen tv milik negara, digunakan untuk kesejahteraan rakyat. Jika stesen TV mengatakan Atta mempunyai ramai pengikut dan mempunyai pengaruh besar, kami tidak akan berfikir ke arah itu.

Dari pihak kami (KPI) sudah berikan penjelasan dan peringatan. Malah, mereka pula beritahu ia bukan terbitan rasmi dari stesen TV itu yang ada kemungkinan jadual akan berubah.

Sebelum ini, Atta dan Aurel memberikan reaksi dingin terhadap kritikan pihak bertanggungjawab kerana membiarkan netizen terus berbahas di media sosial mengenai mereka. Ujar pasangan tersebut, terpulang kepada netizen sama ada mereka mahu atau tidak menonton majlis lamaran yang disiarkan di RCTI

Terbaru menurut laporan Kompas.com, stesen televisyen RCTI memberitahu bahawa mereka sudah menilai semula mengenai syarat penyiaran majlis lamaran pasangan tersebut. Selaku wakil MNC Group, Syafril Nasution memaklumkan bahawa tidak ada pelanggaran yang dilakukan mengenai majlis tersebut. Tambahnya, mereka hanya memenuhi permintaan para penonton yang ingin menyaksikan majlis pertunangan Atta dan Aurel.

Jika tak suka tak perlu menonton

13 Mac yang lalu, Aurel yang merupakan anak kepada penyanyi, Kris Dayanti selamat bergelar tunang kepada kekasihnya, Atta dalam satu majlis di Hotel Intercontinental, Jakarta. Majlis yang dihadiri seramai 70 orang tetamu itu terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan rakan artis. Antara artis yang hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Judika, Ari Lasso, Maia Estianty dan ramai lagi.

Pasangan ini dijangka bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 April ini dan majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat.

Sumber: CNN Indonesia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×