Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh, lebih ramai penunggang penghantar makanan berada di jalan raya selepas menerima peningkatan pesanan daripada pelanggan. Oleh itu, Wall’s Malaysia bersama GrabFood ingin menyebarkan kegembiraan menerusi kempen “Wall’s Bersama Riders”.
Kempen ini bertujuan menjaga keselamatan penghantar makanan di jalan raya semasa mereka menghantar makanan kepada rakyat Malaysia yang membuat pesanan menerusi aplikasi online di kediaman masing-masing.
Wall’s Bersama Riders
Melalui kempen “Wall’s Bersama Riders”, rakyat Malaysia dapat memainkan peranan mereka dalam memastikan keselamatan para penghantar makanan semasa bekerja. Dengan setiap pembelian aiskrim Wall’s bernilai RM30 ke atas dari GrabFood, RM5 akan disalurkan ke dana yang diperlukan untuk membeli topi keledar. Kempen ini menyasarkan kutipan dan pembelian topi keledar dengan jumlah keseluruhan bernilai RM100,000.
Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia berkata kempen ini adalah salah satu inisiatif Wall’s untuk menyebarkan kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Di Wall’s, kami percaya aiskrim menjadikan kita lebih gembira. Justeru itu, sebagai salah satu jenama yang paling digemari di dunia, tiada cara lebih baik untuk ‘Menikmati Kegembiraan Bersama’ selain daripada membantu mereka yang mengharungi kesukaran demi mengukir senyuman di wajah kita.
Kali ini, kami mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menghidupkan semangat kemasyarakatan di samping menjaga keselamatan penunggang penghantar makanan Grab.
Pelanggan juga berpeluang menerima baucar aiskrim bernilai RM50 daripada Wall’s Malaysia. Untuk menyertai, kongsikan kenangan terindah anda bersama penunggang penghantar makanan Grab di Instagram, tag @wallsmalaysia dan sertakan tanda pagar #WallsBersamaRiders #TQGrabRider #ChooseHappierTogether. Penyertaan yang terpilih akan dipaparkan di saluran media sosial Wall’s Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Wall’s Bersama Riders”, layari halaman rasmi Instagram Wall’s Malaysia di https://www.instagram.com/wallsmalaysia/ atau halaman Facebook di https://www.facebook.com/wallsmalaysia