berita

Kemudahan i-Citra, Inisiatif KWSP Untuk Ahli Terjejas. Ini Cara Nak Mohon!

June 30th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Baru-baru ni, Perdana Menteri kita telah pun mengumumkan tentang pengeluaran i-Citra buat rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik.

Sebagai menyokong inisiatif kerajaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli KWSP yang terkesan, terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Mesti ramai yang masih tertanya-tanya dan nak tahu lebih lagi tentang i-Citra ni kan? Haa..jom kami kongsikan!

Bayaran sebanyak RM1,000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan

Macam mana nak mohon i-Citra?

Ahli boleh memohon melalui portal i-Citra Online di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021 ini.

Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Ahli juga boleh mengeluarkan pengeluaran sehingga RM5,000. Bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dalam Akaun 2 dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Siapa yang layak mohon i-Citra?

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan

Berapa amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga RM5,000
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  3. Bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

i-Citra sebagai inisiatif di masa sukar

Menurut KWSP, i-Citra telah diperkenalkan sebagai usaha dan salah satu cara terbaik untuk memastikan ahli yang terjejas dapat meneruskan kelangsungan hidup. Walaupun KWSP komited untuk membantu melindungi dana persaraan ahli, namun keperluan semasa dengan simpanan masa depan perlu seimbang.

KWSP juga turut ingin menasihati ahli untuk berhati-hati dan berfikir panjang dengan perbelanjaan mereka. Ini kerana, menurut Dato’ Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif Employees Provident Fund (EPF) dalam temu bual bersama The Edge, ramai ahli telah mengosongkan akaun mereka dengan kira-kira 6.3 juta orang mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1 mereka.

Ini adalah sangat membimbangkan, di mana 42% daripada jumlah keahlian EPF mempunyai kurang dari RM10,000.

“Jika anda melihat Akaun 2, jumlah yang diperuntukkan di mana ahli dapat mengakses dalam keadaan tertentu, 9.3 juta orang mempunyai kurang dari RM10,000. Jadi, mereka telah menggunakan dana kecemasan mereka. Dari perspektif KWSP, adalah penting untuk membawa ahli kembali fokus pada dana persaraan mereka di masa depan”, tambahnya lagi.

Jadi, dalam keadaan genting ni, pastikan korang rancang dengan teliti segala perbelanjaan dan pentingkan keutamaan sebelum memutuskan untuk membuat pengeluaran.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang i-Citra, korang boleh layari laman web rasmi KWSP  ataupun hubungi Hotline i-Citra di talian 03-89224848.

SKIP THIS AD ×