Debaran makin terasa, selepas tujuh minggu beraksi akhirnya kemuncak program realiti Famili Duo musim keempat bakal melabuhkan tirai Ahad ini.
Gelaran juara masih lagi menjadi teka-teki setelah pelbagai kejutan yang diberikan oleh setiap minggu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mas Idayu Tak Pilih Kasih, Nafi Joey & Naqiu Tersingkir Sebab Lupa Lirik – ‘Kalau Dia Rasa Sesuai Untuk Ke Final Famili Duo 4, Siapa Juri Perlu Buang?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mungkin Ini Masanya Orang Sudah Tidak Mahukan Kita, Mereka Lebih Percayakan Followers Berbanding Bakat’ – Joey Daud
Sorotan mingguan
View this post on Instagram
Pelbagai drama, kejutan, misteri, dan reaksi telah mewarnai perjalanan program realiti ini sepanjang musim. Dari misteri pendedahan pasangan Naqiu pada awal siaran, insiden duo Didi Astillah dan Thamiera yang menghilang kerana merajuk, hinggalah penyingkiran mengejut dua duo pada minggu lalu.
Bagi musim keempat ini pelbagai idea sketsa, busana, dan konsep kreatif yang diketengahkan oleh keenam-enam duo. Dari tema alam sekitar, Bollywood, mahkamah, penyamun, hinggalah konsep dukun, setiap persembahan disampaikan dengan dedikasi tinggi, mencerminkan usaha gigih setiap duo.
Mereka bukan sekadar menunjukkan skil nyanyian, malah bereksperimen dengan kreativiti, membawa karakter serta membawa kisah dalam nyanyian sehingga memberi kesan kepada penonton.
Dengan jumlah standing ovation dan markah penuh yang tidak terhitung daripada Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor, ia jelas menunjukkan betapa tekadnya peserta untuk terus menghasilkan persembahan terbaik dan mengekalkan momentum mereka.
Senarai persembahan
View this post on Instagram
Kini hanya tiga pasangan duo yang bakal berentap iaitu Shiha Zikir dan Ieda Zikir, Ayie Elham dan Salma Asis, serta Tomok dan Sharul Kamal.
Hanya satu langkah memisahkan mereka daripada gelaran juara dan hadiah lumayan bernilai RM100,000! Adakah kejutan yang bakal dibawakan untuk memberikan impak besar dalam persembahan mereka?
Bersiap sedia menyaksikan persembahan mereka yang penuh bertenaga, menggabungkan lagu-lagu dengan tema bebas serta duo/vokal berkumpulan. Berikut adalah senarai lagu yang akan mereka bawakan pada malam Ahad ini:
TEMA: BEBAS
Shiha Zikir dan Ieda Zikir
Mentera Semerah Padi (Datuk M.Nasir)
Tomok dan Sharul Kamal
Gadis Melayu (Jamal Abdillah)
Lagu Jiwa Lagu Cinta (Datuk M.Nasir & Mawi)
Ayie Elham dan Salma Asis
Mentari Di Ufuk Timur x Meniti Titian Usang (Search)
TEMA: DUO/VOKAL BERKUMPULAN
Shiha Zikir dan Ieda Zikir
Dokter Cinta (Dewi)
Tomok dan Sharul Kamal
Menggegar Dunia (Adam Stacy) x Sang Saka Biru (Joe Flizzow & Friends)
Ayie Elham dan Salma Asis
Kisah Ku Inginkan (Dato Siti Nurhaliza & Judika)
Haram (Hael & Dayang)
Jangan lupa untuk menggunakan hashtag rasmi #FamiliDuo dan #BerduoLebihBaik bagi berkongsi tekaan juara anda dan memeriahkan lagi perbualan di media sosial. Jadi, tunggu apa lagi? Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan pentas akhir yang akan berlangsung pada Ahad ini, jam 9 malam di TV3!